Cinta & Perhubungan, Info Menarik

Ada Rakan Anda Yang Masih Sendiri? Lunch Actually Ajar Anda Untuk Jadi ‘Ejen Jodoh’

Izzah Azizah
/
Obses dengan benda cantik + kucing
Ada Rakan Anda Yang Masih Sendiri? Lunch Actually Ajar Anda Untuk Jadi ‘Ejen Jodoh’

Manusia diciptakan untuk berpasangan. Bagi anda tidak lengkap sekiranya hidup ini tiada seseorang untuk hidup bersama. Namun hanya cepat atau lambat sahaja yang menentukan.

Mungkin ada dikalangan rakan anda yang masih lagi sendiri menanti si dia yang tepat. Sebagai seorang sahabat anda tidak pernah merasa penat untuk memperkenalkan seseorang yang anda kenali kepada sahabat anda. Tapi soal jodoh bukanlah suatu perkara yang mudah. 

Mencari jodoh memerlukan lebih banyak usaha dari biasa, baru-baru berlangsungnya kelas Matchmaking Masterclass yang dibawa syarikat mencari jodoh Lunch Actually.

Ini rahsia hebat untuk menjodohkan rakan-rakan yang masih sendiri dengan 7 resepi dari CEO Lunch Actually sendiri Violet Lim. 

Foto – arkib Wanista.com

1. Minta Izin

Mohon keizinan mereka dahulu kerana ia amat penting untuk mereka bersedia untuk diperkenalkan. Ini kerana jika mereka menolak untuk sesi mencari jodoh dalam pada masa yang sama hati mereka tidak akan terbuka untuk individu yang baru itu. 

2. Anda Bukan Tuhan

Siapa tidak mahu setiap misi yang dijalankan berjaya bukan? Namun anda tidak boleh jangkakan mereka semua akan serasi bersama. Jadi jangan terlalu mengharap kerana ia bergantung sepenuhnya pada pasangan. 

3. Tingkatkan Kemahiran Gerak Hati

Sebagai ‘ejen mencari jodoh’ anda perlu berasa yakin dan mengasah bakat serta kemahiran gerak hati. Untuk menjadi ‘ejen mencari jodoh’ yang hebat anda perlu kuasai sifat sensitif dan persepsi sebagai meneruskan misi. 

4. Belajar Kehendak Mereka, Ketahui Perkara Yang Mereka Perlu

Ambil masa untuk mengetahui apa yang rakan anda inginkan pada pasangan ideal mereka. Tapi pastikan mereka tahu yang anda 100% tidak boleh sediakan individu seperti mana yang mereka mahukan. 

5. Beri Maksud Sebenar Cinta 

Ada diantara mereka yang single boleh menjadi degil dan mempunyai angan-angan yang tidak masuk akal. Anda wajar menjadi sedikit tegas dan mengajar mereka tentang maksud cinta sebenar. Cinta bukanlah datang dari fizikal sahaja ianya dari ketulusan hati yang ikhlas. 

6. Fahami Kesukaran Dan Cabaran Yang Dihadapi

Tugas anda yang lain ialah memahami kesukaran sahabat anda yang masih sendiri. Kadang kala mereka cepat mengalah atau masih lagi trauma dengan cinta yang lama. Ketahui apa yang mereka risaukan dalam soal jodoh dan bantu mereka dengan nasihat yang berguna. 

7. Akhirnya, Jangan Menghakimi

Jangan sesekali bersikap prejudis terhadap seseorang. Jadi pendengar yang baik, senang didekati dan sentiasa terapkan perkara yang positif dari pandangan yang pertama. Walaupun orang itu tidak kelihatan menarik dimata anda tidak 

Lunch Actually sebuah syarikat mencari jodoh yang telah menguruskan lebih 90,000 pertemuan. Untuk maklumat lanjut mengenai Lunch Actually layari www.lunchactually.com.

Komen Anda