Pandangan pertama anda dengan bakal suami bermula pada hari pernikahan…
Penampilan pada majlis pernikahan seharusnya sedikit berbeza semasa majlis resepsi atau persandingan. Semasa majlis pernikahan biasanya kedua mempelai menyarung pakaian pengantin dengan warna suci seperti putih atau pilihan warna pastel sebagai simfoni majlis suci penyatuan dua hati.
Tidak semua bakal pengantin benar arif mengenai dunia solekan, lagi-lagi bab solekan untuk majlis perkahwinan. Silap tema solekan boleh merosakkan satu hari majlis perkahwinan anda! Mahukah anda dengar bisik-bisik ‘eh, dia tak pandai beza makeup nikah dengan sanding’ atau ‘tak cantik langsung makeup pengantin tadi’. Oops!
Wanista sediakan beberapa inspirasi solekan yang sesuai pada majlis pernikahan anda..
Makeup Artis: Khir Khalid [Instagram]
Makeup Artis: Syedewa [Instagram]
Makeup Artis: Dya Zara [Facebook]
Makeup Artis: Nanath Nadia (Indonesia) [Instagram]
Makeup Artis: Mua Bellaz [Instagram]
Tergugat tak lihat hasil-hasil makeup artis di atas?
Kunci utama yang perlu ada ketika ingin mendapatkan aura ‘pernikahan’ ialah dari elemen warna pembayang mata dan bibir… apakah tips untuk solekan pernikahan yang sempurna?
1. Pilih warna solekan dari warna tanah seperti coklat, silver, emas atau coklat keperangan.
2. Jika inginkan kelainan boleh ikuti trend solekan dari warna pastel seperti merah jambu, ungu lembut atau nudes colors.
3. Kurangkan penggunaan warna pembayang mata, untuk kelihatan bold hanya gunakan teknik simple smokey eyes.
5. Seimbangkan solekan anda. Contoh, jika warna dan solekan pembayang mata lebih terang/berat, gunakan warna-warna lembut di bahagian bibir.
Rajinkan diri untuk belajar dan mengikuti trend solekan supaya anda lebih kelihatan bersedia untuk hari bahagia yang seumur hidup sekali berlangsung!