Cuba tanya wanita di sekeliling, siapa yang tak mahu andainya diberi peluang untuk memiliki sepasang alis melentik! Alis panjang dan lentik dianggap cantik oleh orang-orang kita kerana ia dipercayai dapat menyumbang karakter yang lebih manis terhadap penampilan seseorang. Bak kata pepatah:-
Dari mata turun ke hati…
Untunglah bagi kamu yang sudah pun dikurniakan bulu mata yang panjang melentik sejak lahir! Namun, bagaimana pula nasib mereka yang memiliki alis umpama “hidup segan mati tak mahu” itu?
Cara yang paling mudah dan bersifat sementara adalah dengan menggunakan maskara! Maskara adalah sejenis kosmetik yang berupa cecair pekat warna hitam. Dengan memanfaatkan berus berbentuk silinder, ia kemudian digunakan untuk menyikat bulu mata agar sisa cecair hitam tadi meyelaputi keseluruhan helaian bulu mata seterusnya menjadikan bulu mata kelihatan panjang, bertambah melentik dan tebal.
Tak perlu risau kerana maskara boleh dicuci!
Ini Wanista cadangkan 5 maskara terbaik bawah RM30 yang boleh dibeli dari farmasi terdekat.
#1 Maybelline Magnum Barbie: RM23.20 [Beli]
Impikan alis secantik milik Barbie? Cuba yang ini kerana ia pasti berhasil. Anda boleh sikat berus beberapa kali pada bulu mata sehingga berpuas hati dengan hasilnya.
#2 Essence I Love Extreme Volume Mascara: RM15.90 [Beli]
Jangan terkejut, penulis pernah guna maskara ni. Memang buat bulu mata yang nipis terus jadi tebal! Cuma kekurangannya, ia bukan kalis air dan mudah comot sedikit.
Meskipun murah, jenama Essence ni sebenarnya mempunyai beberapa item mekap yang boleh tahan hebatnya tahu? Ini antara jenama mekap mampu milik yang hanya boleh didapati di Watsons.
#3 Catrice Lashes To Kill Ultra Black Volume Mascara: RM21.90 [Beli]
Melihat kepada ulasan-ulasan pengguna, mereka amat berpuas hati dengan salah satu ‘maskara bajet’ dari jenama Catrice Cosmetics ini. Menjadikan bulu mata panjang dua hingga tiga kali ganda.
Penulis yakin jenama Catrice Cosmetics hanya boleh didapati di cawangan Guardian. Jika rasa malas untuk ke Guardian, beli menerusi atas talian pun boleh. Klik saja pada pautan “Beli” di atas okay?
#4 IN2IT Lash Extra Mascara Volume+Length: RM20.00 [Beli]
Penulis tahu tentang maskara ni daripada seorang blogger, ternyata berkesan untuk melebatkan sekaligus melentikkan bulu mata anda yang tak berapa nak ada tu!
Apa yang menarik, masakara ini disertai fibre atau serat yang sebenarnya membantu menebalkan bulu mata dalam sekelip mata! Namun ia untuk sementara waktu.
#5 Silkygirl Big Eye Collagen Mascara: RM28.90 [Beli]
Katanya maskara ni boleh memanjangkan bulu mata sehingga 80% malah menebalkan helaian bulu mata sebanyak 20%!
Dengan syarat, anda perlu menyikat berus maskara itu beberapa kali pada bulu mata sehingga terlihat hasilnya. Kalau sapu sekali je memang tak akan menjadi.
Bonus!
Daiso Long & Curl Mascara: RM5.30
Maklumlah zaman belajar dulu, duit tak boleh membazir sesuka hati. Mana nak dahulukan untuk beli makan, beli buku, ‘print assignment’ dan macam-macam lagilah! Jadi bila nak beli mekap tu, kena berpada-pada.
Mujur ada maskara Daiso Long & Curl ni. Mula-mula saja je nak cuba tapi boleh tahan cantik hasilnya bila dah guna pada bulu mata. Murah pula tu! Berbaloi rasa pakai maskara ni dulu. Nak pergi kelas je pun, buat apa pakai produk mahal kan?
Selamat mencuba!