Ratu Cantik Dunia tahun 2000, Priyanka Chopra dinobatkan sebagai wanita kedua tercantik di dunia menerusi undian yang dilakukan di Buzznet.
Undian tersebut membariskan 30 wanita tercantik dan berpengaruh daripada pelbagai lapis masyarakat di dunia. Menerusi undian tersebut, Beyonce dipilih sebagai wanita paling cantik di dunia.
Pemilihan Priyanka Chopra menjadikannya sebagai wanita asia pertama menewaskan beberapa selebriti antrabangsa lain seperti Angelina Jolie di tempat ke lapan dan Emma Watson di tempat ke empat.
Jadi sekiranya anda memerlukan bukti mengapa beliau layak gelaran wanita kedua tercantik di dunia atau mungkin inginkan alasan lain untuk menghargai kecantikannya, di sini merangkumi 10 gambar Priyanka sebagai kulit muka depan majalah serata dunia.