Kejam dan tidak berperikemanusiaan itulah yang dapat digambarkan apabila seorang wanita dari Brazil dikurung dalam bilik kecil selama 16 tahun oleh keluarganya sendiri alasan kerana dia mengandung.
Maria Lucia de Almeida Braga, 36, dikurung dalam sebuah bilik kecil berukuran hanya 3×3 meter selepas mengandung ketika umurnya 20 tahun. Bilik tersebut langsung tidak mempunyai tandas dan dipenuhi najis serta air kencing.
Bilik berkenaan juga tidak mempunyai bekalan elektrik dan satu-satunya cahaya adalah dari tingkap dan bilik berkenaan sentiasa dikunci. Serta kawasan bilik yang sangat jauh dan jarang dilalui kereta.
Lebih menyedihkan, Maria Lucia dibiarkan berbogel dan akan diberi makan selama dua kali sehari sama seperti haiwan.
Maria Lúcia akhirnya diselamatkan dari kediaman keluarganya yang terletak di kawasan terpencil bandar Uruburetama di Brazil Ceará pada 9 Mac lalu.
Bagaimanapun berita mengenai insiden ini mula mendapat perhatian umum selepas abangnya Joao de Almeida Braga ditahan.
Braga, 48, ditahan kerana secara haram mengurung dan memberikan layanan buruk kepada adiknya.
Dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimun lapan tahun jika sabit kesalahan.
Sementara itu, bapa wanita itu dipercayai dalang utama bersama abangnya itu tidak dikenakan sebarang tindakan kerana masalah kesihatan.
“Wanita itu mengandung dan kerana malu, bapanya bertindak mengurung mangsa. Ketika melahirkan anak, bayi lelaki itu diserahkan kepada pihak lain,” kata Peguam Maria Lucia, Harley Filho memberitahu akhbar Globo.
Ibu mangsa yang dilaporkan tidak bersetuju dengan hukuman yang dikenakan kepada anak perempuannya itu, terpaksa menerima tindakan suami serta anaknya.
Polis yang tiba di lokasi kejadian selepas menerima laporan dari individu tidak dikenali memecah masuk bilik berkenaan yang dikunci.
Jurucakap polis berkata, ia hanyalah sebuah bilik kecil dan mempunyai satu buaian.
“Bilik berkenaan sangat busuk, lembap dan sangat kotor. Mangsa terus mendepakan tangan sebaik melihat kami,” katanya.
Tambah pegawai itu lagi, wanita itu sangat kurus dan dia sukar berkata-kata namun sudah mula menulis.
Anak wanita itu yang kini telah berusia 15 tahun telah dikenal pasti dan polis akan menemukan semula kedua beranak itu.