Sesuatu yang baru bakal membuka pandangan semua tentang wanita muslim yang berhijab.
Seorang wanita Syria yang hamil baru-baru ini menggegarkan media sosial apabila dirinya nekad merakam sebuah video muzik berdurasi 3:19 minit sambil melontarkan kata-kata kesedaran dalam bentuk nyanyian rap.
Berjudul Hijabi, video tersebut yang dimuat naik ke akaun Facebook dan saluran Youtube miliknya sendiri kini mendapat perhatian netizen seluruh dunia dan telah ditonton berjuta kali di Facebook dan hampir 400 ribu kali di Youtube.
Tonton Video Muzik Hijabi oleh Mona Haydar
Wanita yang bernama Mona Haydar, 28, ini adalah seorang aktivis Syria-Amerika dan penyair berasal dari daerah Flint, Michigan.
Kata Mona, “Dalam keadaan pihak pentadbiran Amerika yang sedang galak mahu membanteras orang-orang Muslim tempatan serta kaum minoriti kecil yang lain, saya berasa terpanggil untuk menyedarkan masyarakat dunia agar semuanya kembali aman sejahtera untuk sama-sama hidup dalam keharmonian”.
“All around the world love women every shade in”
https://twitter.com/syarsalia/status/846724306591670272
Sebelum ini, Mona pernah mewujudkan satu kontroversi apabila dia dan suaminya membuka sebuah gerai booth di tempat tumpuan awam malah menggalakkan mereka yang lalu lalang di tempat tersebut untuk bertanyakan soalan tentang perihal Islam. Dalam masa yang sama, mereka turut memegang sepanduk yang tertulis “Talk to a Muslim” dan ” Free Coffee & Donuts”.