Kesihatan, Tips - Kesihatan

Elak 8 Kesilapan Biasa Yang Anda Lakukan Ini Ketika Mandi

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Elak 8 Kesilapan Biasa Yang Anda Lakukan Ini Ketika Mandi

Rutin yang padat dalam kehidupan seharian menuntut kita sebagai wanita untuk sentiasa aktif dan produktif. Oleh kerana itu, keadaan tubuh yang segar sangatlah diperlukan. Tujuannya agar kita dapat menjalani pelbagai aktiviti sepanjang hari dengan maksimum.

IKLAN

Selain sukan dan makanan, cara lain untuk tampil segar adalah mandi. Mandi boleh menyegarkan fikiran dan tubuh dalam waktu yang sekejap. Namun, siapa sangka ritual yang biasa dan secara rutin dilakukan ini boleh mendatangkan mudarat.

Apa agaknya kesilapan biasa yang dilakukan ketika mandi? Ini Wanista beritahu.

1. Mandi dengan air panas terlampau lama

Mandi dengan air panas akan mendorong kepada masalah kulit kering dan untuk menambah segarkan badan selepas penat seharian, mandi dengan air sejuk akan memberi kesan yang lebih baik.

2. Mandi dengan sabun terlampau banyak

Buih sabun yang terlampau banyak akan menghilangkan minyak semulajadi pada kulit. Terdapat bahan yang dinamakan surfactant yang akan menarik air dan minyak semulajadi daripada kulit.

3. Tidak membilas badan dengan sabun sebersihnya

Bahan kimia terdapat pada sabun akan membawa kepada kerengsaan kulit. Namun terdapat juga jenis pembersihan kulit yang memang dicipta untuk memberi kelembapan pada kulit. Tetapi kalau anda menggunakan sabun mandi biasa, pastikan bilas betul-betul dengan air bersih.

IKLAN

4. Memakai mask muka selepas mandi

Mask muka sepatutnya dipakai sebelum membersihkan muka. Membersihkan muka sebelum dan selepas memakai mask akan membuatkan kulit wajah jadi kering. Produk yang mahu dipakai selepas mandi haruslah yang jenis menghidrasi dan bersifat “mengunci” kelembapan bukan bersifat “pembersihan”.

5. Mengabaikan sesetengah bahagian

Apabila anda mandi, adakah anda pasti akan membersihkan keseluruhan badan anda ? Selalunya bahagian belakang leher, celah jari kaki, tumit, dan bawah lengan antara yang selalu diabaikan.

6. Mengelap dengan tuala secara kasar

Antara tabiat yang membawa kepada rambut rosak adalah mengeringkan rambut secara kasar  menggunakan dengan tuala. Begitu dengan badan anda. Jadi keringkan badan badan menggunakan tuala secara lembut, jangan secara menggosok atau terlalu kasar kerana ingin mengejar masa.

7. Membersihkan rambut sebagai bahagian terakhir

Bahan dalam syampu dan kondisioner boleh menyebabkan masalah kulit seperti jerawat. Jadi pastikan anda membersihkan bahagian muka dan badan dengan betul dan teliti selepas membersihkan rambut.

8. Tidak menyapu produk pelembapan

Waktu terbaik untuk meyapu losyen dan krim pelembap adalah selepas waktu mandi. Selain lebih mudah menyerap, rutin ini juga akan membantu dalam mengelakkan masalah kulit kering kerana kulit kehilangan pelelembapan semulajadi selepas mandi.

Sumber : 1 &