Berita & Isu Semasa

Khabar Angin Datuk Seri Vida Bercerai Pula Tersebar

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, Cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Khabar Angin Datuk Seri Vida Bercerai Pula Tersebar

Siapa tidak kenal dengan jutawan kosmetik yang obses dengan warna merah jambu ini? Dengan cerita, dia dan suaminya baru-baru ini telah berpisah, betul ke?

Meskipun dilemparkan dengan pelbagai soalan daripada pihak media, beliau mengambil langkah untuk tidak mengulas apa-apa tentang desas-desus itu.

Menurut laporan Berita Harian Online petang semalam, Datuk Seti Vida memilih untuk tidak membuat sebarang komen buat waktu ini atas beberapa alasan peribadi.

“Saya belum mahu membuat sebarang kenyataan berhubung perkara itu. Sampai masa nanti, saya akan maklumkan kepada semua.

“Syukur kerana saya bahagia bersama anak-anak dan sayang-sayang (peminat) saya yang sentiasa berada di sisi,” katanya kepada BH Online ketika ditemui pada festival jualan Mood Republik, di sini.

Vida atau nama sebenarnya Hasmizah Othman, 46, turut hadir pada acara berkenaan bersama anak-anaknya, tanpa kehadiran suami yang sebelum ini sentiasa di sisi.

Khabar mengenai keruntuhan rumah tangga pengasas kepada produk kesihatan popular Pamoga dan Qu Puteh itu telah menjadi buah mulut orang sejak dua minggu lalu meskipun mereka sekeluarga dilihat gembira bersama dalam sebuah rancangan realiti televisyen yang pernah ditayangkan di Astro Ria beberapa bulan lalu berjudul The House.

Vida berkata, beliau enggan terlalu memikir perkara itu dan kini sibuk memberikan tumpuan kepada perniagaan, termasuk perancangan memiliki saluran televisyen sendiri tidak lama lagi.

Vida bernikah dengan Fairuz pada Januari 2014, yang juga perkahwinan ketiga wanita terbabit.

SUMBER

Komen Anda