Jika lukisan yang indah dari hasil air tangan seorang yang hebat berkarya pasti tiada mustahil untuk dijual.
Begitulah dengan lukisan potret pemimpin revolusi China, Mao Zedong dari karya pelukis lagenda Andy Warhol yang berjaya dijual pada harga AS$12.7 juta (RM56 juta) pada sesi lelongan di sini, semalam.
Menurut ejen lelongan Sotheby’s, jumlah itu adalah lebih rendah berbanding jangkaan mereka, iaitu lebih daripada AS$15 juta (RM66.3 juta).
Bagaimanapun, sesi lelongan lukisan yang dihasilkan pada 1973 oleh pelukis legenda Amerika Syarikat itu, berjaya menarik perhatian ramai.
Namun, identiti pembeli lukisan itu tidak didedahkan. Sementara itu, Sotheby’s menganggap sesi lelongan hasil seni kontemporari dari barat adalah sesuatu yang penting bagi Hong Kong yang diserahkan kembali Britain kepada China pada 1997.
Dalam pada itu, lukisan Mao oleh Warhol itu berjaya mencetuskan kontroversi dalam kalangan pembeli dari tanah besar China yang mulai mempengaruhi pasaran hasil seni di wilayah itu.