Nu Skin Malaysia memperkenalkan ageLOC Me ,iaitu satu sistem penjagaan kulit unik yang dilengkapi tekonologi terkini berserta perumusan anti-penuaan serba canggih.
Pengenalan ageLOC Me itu sekaligus membawa pembaharuan yang ketara terhadap rutin penjagaan kulit seharian kerana ianya boleh disuaikan mengikut keperluan tertentu setiap individu.
Diilham oleh sekumpulan pakar anti-penuaan tersohor dunia, ageLOC Me adalah peranti kecantikan mesra pengguna yang menyampaikan rejimen diperibadi merangkumi serum dan pelembap anti penuaan bertenaga daripada 2,000 kebarangkalian kombinasi rejimen yang dirumus khas buat wanita mahupun lelaki yang ingin mencegah dan meminimakan tanda-tanda penuaan.
Sistem ageLOC Me Nu Skin menampilkan lima produk anti-penuaan yang unggul, kesemuanya dalam satu peranti pintar dan bersih. Ini menjadikan rutin penjagaan kulit lebih mudah dan menyeronokkan kerana ia menyediakan rejimen yang telah diperkemas dan diringkaskan, serta dapat menentukan sukatan dos yang tepat untuk kegunaan harian.
Setiap rejimen penjagaan kulit peribadi merangkumi:
- Serum ageLOC Me (3) – Memaksimakan rawatan anti penuaan dengan kekuatan tiga serum untuk mencegah gejala-gejala penuaan yang menjadi kelaziman seperti kekedutan, tona kulit tak sekata serta kulit kering dan kasar, sekaligus menghasilkan kulit yang tampak sihat dan muda.
- Pelembap ageLOC Me Siang – Pelembap Siang memastikan anda memulakan hari dengan penuh rasa segar setiap pagi. Ia membekalkan penghidratan untuk menguat dan mengekalkan sawar kelembapan semulajadi, sekaligus melindunginya untuk sehari suntuk.
- ageLOC Me Malam – Dirumus khas untuk mempermuda kulit walaupun sewaktu anda sedang nyenyak tidur. Pelembap Malam menenang dan melegakan kulit tatkala membantu proses pemulihan semulajadi pada waktu malam.
Sistem Penjagaan Kulit Nu Skin ageLOC Me akan mula dipasarkan dari 25 Mac 2017 di semua Pusat Pengedaran Nu Skin. Harga jualannya ditetapkan pada RM3,346.
Untuk maklumat lanjut mengenai Nu Skin, sila layar www.nuskin.com, ikuti laman Facebook Nu Skin, ataupun hubungi talian hotline: +603 – 2170 7888.