Untuk anda si kaki selfie, Neffos C5 Max mesti anda miliki. Kenapa?
Ianya mempunyai pelbagai fungsi, paparan HD penuh 5.5 inci menyediakan satu pengalaman menonton yang menyeronokkan sambil menikmati video kegemaran anda secara on-the-go.
Bukan itu sahaja, kamera belakang 13 megapiksel dengan Dual LED Flash, ianya sesuai untuk mereka yang gemarkan rakaman kehidupan seharian, bersama-sama dengan kamera depan 5 megapiksel sesuai untuk si kaki selfie.
Untuk perisian pengimejan, anda boleh membuat beberapa pilihan seperti mod Intelligent yang menyesuaikan kontras, warna, pencahayaan untuk 8 senario dan 8 penapis yang berbeza. Jadi, selfie dan video anda langsung tidak bosan seperti kebanyakkan.
Seperti kebanyakkan telefon pintar lain, Neffos C5 Max turut menggunakan sistem operasi Android, iaitu Android 5.1 Lollipop.
Di Malaysia, Neffos C5 Max ini dijual pada harga RM699.