Setelah sekian lama menyulam cinta, akhirnya dengan dua kali lafaz, aktres jelita pujaan ramai Nora Danish sah bergelar isteri kepada Nedim Nazri kira-kira jam 8.37 malam ini pada majlis akad nikah yang diadakan secara tertutup di Seputeh.
https://www.instagram.com/p/BSQ1ectBzmM/?tagged=noranedim&hl=en
Seperti yang dijelaskan pasangan itu sebelum ini, majlis akad nikah dan persandingan ringkas itu diadakan secara tertutup dalam keadaan serdehana yang hanya dihadiri teman rapat serta kaum keluarga.
https://www.instagram.com/p/BSQ-iSjAP5C/?taken-by=laudyacynthiabella&hl=en
https://www.instagram.com/p/BSRBXKcBkLJ/?taken-by=noradanish_nedim&hl=en
https://www.instagram.com/p/BSRGhY8hD2C/?taken-by=noradanish_nedim&hl=en
Sekitar lapan tahun bergelar ibu tunggal kepada Putra Rayqal Ramli, 8, pelakon yang mula dikenali menerusi sitkom Puteri ini berharap semoga kebahagiaan yang dikecapinya kini berpanjangan. “Penyatuan ini umpama impian yang menjadi nyata. Sudah lama saya tunggu detik untuk disatukan dengan belahan jiwa saya.
“Diharap semua dapat mendoakan kebahagiaan saya dan suami,” kata Nora yang mengenakan rekaan busana jenamanya sendiri, Owl By ND Kedua-duanya, yang pernah melalui episod kegagalan perkahwinan sebelum ini, memilih untuk tidak keterlaluan dalam meraikan hari bahagia mereka.
Nora pernah mendirikan rumah tangga pada 2006, namun berpisah sekitar dua tahun selepas itu. Nedim, 34, pula seorang duda anak satu selepas dikatakan bercerai pada tahun 2013.
https://www.instagram.com/p/BSRQKQrhnmJ/?taken-by=noradanish_nedim&hl=en
“Saya dan Nedim pernah merasai majlis pernikahan yang diadakan secara besar-besaran, jadi untuk kali kedua ini biarlah kami bersederhana dan tidak terlalu mengikut protokol.
Nora juga tidak menolak andai diberikan rezeki untuk menimang anak dengan segera. Sebelum ini, aktres yang turut bergelar usahawan itu sendiri mengakui putera sulungnya pernah meluahkan keinginan untuk mempunyai adik.
https://www.instagram.com/p/BSQykA0BCHf/?tagged=noranedim&hl=en
https://www.instagram.com/p/BSQ92LOhNGn/?taken-by=noradanish_nedim&hl=en
“Jadi, dia memang selalu suruh saya dapatkan adik untuknya. Paling lucu, dia meminta saya makan banyak supaya perut boleh membesar. Baginya, kalau berbadan besar itu bererti ada bayi dalam perut. Dalam bab ini, kalau saya melayan keletah dan perangainya, boleh ketawa sendirian.