Siapa sangka, remaja lelaki ini yang usianya baru setahun jagung sudah layak untuk bergelar seorang pensyarah muda.
Itulah realitinya apabila Yasha Asley, 14, merupakan kanak-kanak terbijak di Britain telah diambil sebagai tenaga pengajar di Universiti Leicester dan ditugaskan untuk mengajar orang dewasa dalam bidang matematik.
Yasha mampu memahami dan menyelesaikan permasalahan matematik dengan mudah.
Selain mengajar dan merupakan pelajar ijazah sarjana muda di universiti tersebut, dia juga merupakan pelajar dan staff termuda yang berkhidmat di universiti itu, selain pernah ditemuduga dan ditawar bekerja saat usianya masih 13 tahun.
“Saya sedang menjalani masa yang paling seronok dalam hidup saya. Saya sangat suka pergi ke universiti dan seronok dengan kerja baru saya membantu pelajar lain.
”Tiada lagi pakaian seragam sekolah untuk saya. Saya sangat berterima kasih,” ujar Yasha yang teruja dengan pekerjaannya itu
Yasha kini berada di tahun akhir dan bercadang untuk menyambung pelajaran di peringkat PhD.
Dia menerima pendidikan awal di sekolah rendah di Leicester sebelum mendapat tempat untuk belajar di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang matematik pada umur 12 tahun.
SUMBER