Semalam, penulis sempat menghadiri pelancaran koleksi kolaborasi antara Miss Universe Malaysia 2007, Deborah Henry bersama FashionValet.
Menariknya, koleksi Deborah Henry x FashionValet: Laidback Luxe merangkumi koleksi bersifat relaks sofistikated dan bakal membuat pengembaraan anda lebih selesa.
“Sangat penting untuk kita mempelajari seni mengemas bagasi. Pack light and pack right! Sebab itu koleksi ini sangat bersesuaian untuk anda yang mahukan percutian yang penuh gaya,” tambah Deborah lagi.
Inspirasi daripada kembara Deborah, koleksi ini merangkumi 13 rekaan bersama kemasan ropol dan rekaan lebih ringkas seperti baju off-shoulder, camisole, kemeja, dresses, slip dresses juga seluar palazo dan seluar biasa. Dengan rona-rona pastel sebagai rona utama, rona biru asap, merah jambu lembut, hijau pudina dan jingga membentuk seluruh koleksi ini. Rona-rona asas seperti putih, biru gelap dan hitam juga menambahkan lagi sentuhan eksklusif buat rekaan kasual.
Koleksi Deborah Henry x FashionValet : Laidback Luxe merangkumi rekaan bersaiz antara UK6 hingga UK16, dengan harga antara RM119 hingga RM299. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.fashionvalet.com.