Sudah lumrah jika kita berkunjung ke sesebuah negara, pasti kita akan melawat lokasi ikonik dan mengabadikan momen tersebut di kamera.
Namun apabila lapar, tentu sekali makanan segera atau makanan jalanan menjadi. Bukan sahaja kerana harganya murah dibandingkan dengan makanan di restoran malah sajian yang dihidangkan juga berbeza-beza bahkan suatu kelainan daripada sajian di negara kita sendiri.
Jika anda berpeluang berkunjung ke negara yang penulis senaraikan ini, jangan lupa singgah makan dan jangan lupa juga selfie.
1. Filipina – Jollibee
Jollibee boleh dikatakan tempat makanan segera yang paling popular di Filipina, ianya menyediakan burger dan ayam goreng – dipanggil Chickenjoy. Kalau tak nak makan burger dan ayam goreng, Jollibee juga menyediakan spaghetti.
2. Nepal – Momos
Ini merupakan hidangan ladu yang dikukus atau goreng, biasanya dipenuhi dengan daging kambing, ayam serta sayur-sayuran juga keju dan dihidangkan bersama sos tomato.
3. Australia – Hungry Jack’s
Sama sahaja seperti burger klasik yang lain cuma terdapat penambahan burger hash brown.
4. El Salvador – Pollo Campelo
Jika anda ingin makan ayam goreng istimewa Salvador, Pollo Campero adalah tempatnya. Tetapi mereka juga menyediakan hidangan lain seperti empanadas dan pencuci mulut inpirasi Amerika Latin.
5. Belanda – Frikandel
Merupakan hidangan hot dog goreng bersama roti bun biasa tetapi di Belanda ditambah bawang cincang dan mayonis. Nampak mengenyangkan bukan?
6. Korea Selatan – Nene Chicken
Siapa pernah makan Nene Chicken? Nene Chicken ini boleh dikatakan lebih kurang KFC, cuma ianya terdapat pelbagai perisa dan salah satu kegemaran ramai dipanggil ‘snowing cheese’, keju ditabur di atas ayam.
7. United Kingdom – Fish and Chips
Untuk penggemar makanan laut, Fish and Chips ini untuk anda. Lebih-lebih lagi bila isi ikan digoreng rangup dan kentang goreng berpotongan tebal dengan dimakan bersama, ditambah lagi dengan sos pilihan.
8. Barbados – Chefette
Chefette merupakan rangkaian makanan segera terbesar di Barbados dan terkenal dengan ayam dan roti, balutan diisi dengan campuran ayam, daging lembu dan kentang.
9. Bosnia and Herzegovina – Cevapi
Sejenis flatbread dipenuhi dengan bawang cincang dan cevapi, iaitu daging lembu cincang atau kambing dibentuk menjadi sosej. Dimakan bersama lada dan krim masam, malah keju feta sebagai pilihan.
10. Southern USA – Bojangles’
Bojangles’ merupakan snek pilihan untuk orang Amerika belah selatan. Bojangles’ terkenal dengan ayam dan biskut mentega, malah mac and cheese, coleslaw dan bubur jagung.
11. India – Chaat
Makanan jalanan India yang dibuat dengan pelbagai bahan-bahan seperti kacang kuda, kentang (ala-ala kuah dal), roti rangup, dan topping – bawang cincang dan yogurt.
12. Nigeria – Chicken Republic
Chicken Republic antara restoran makanan segera terbesar di Nigeria, selain menawarkan ayam goreng, di sini terdapat juga jollof rice (hidangan makanan tradisional masyarakat Afrika Barat).
13. Argentina – Choripan
Sosej chorizo yang dipanggang, kuah salsa dan dihidang bersama roti (choripán = chorizo + pan). Anda boleh temui di kebanyakan restoran di Argentina tetapi cara terbaik untuk makan adalah dari vendor jalanan.
14. Makanan – Burger Ramly
Burger Ramly lebih mudah didapati gerai makanan di tepi jalan dan restoran. Anda hanya perlukan daging burger, untuk rencah atau isi-isinya pula, yang diperlukan ialah timun dan kobis. Untuk bahan perisanya, biasa digunakan ialah sos Worcester atau kicap burger dalam kalangan orang Malaysia. Dan sebagai tambahan, diletak mayonis, sos tomato, sos cili atau sos barbeku.
15. Belgium – Kentang Goreng
Bukan sahaja orang Belgium, rasanya satu dunia menyukai kentang goreng. Rangup di luar, lembut di dalam, dihidangkan panas bersama mayonis. Voila!!
16. Thailand – Pulut Mangga
Okay ini kegemaran penulis. Anda jangan lupa datang singgah ke Pratunam, di sini terkenal dengan mango sticky rice kerana mangga yang digunakan lebih berkualiti, manis dan nasi pulut juga enak berlemak.
17. Jepun – Takoyaki
Takoyaki merupakan snek Jepun berbentuk bebola yang diperbuat daripada tepung sadur berasaskan tepung gandum dan dimasak menggunakan kuali takoyaki khas. Biasanya diisi dengan sotong kurita yang dikisar atau dipotong dadu, habuk tempura, jeruk halia dan daun bawang.
Nampak menyelerakan tak? Apa lagi, jom jalan-jalan cari makan!