Kecantikan

Pulihkan Kerosakan Kulit Dengan Topeng Muka Mamonde

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Pulihkan Kerosakan Kulit Dengan Topeng Muka Mamonde

Adakalanya, kerosakan kulit suka muncul pada waktu yang tidak diduga. Lebih parah apabila ia berlaku saat kita perlu kelihatan cantik seperti sehari sebelum hari perkahwinan atau pun sehari sebelum hari-hari penting lain yang memerlukan kita untuk kelihatan cantik.

IKLAN

Walau bagaimanapun, agak sukar untuk membaiki kerosakan kulitdalam masa asatu malam bukan? Tak perlu gusar kerana Mamonde ada caranya.

Dengan menggunakan kepingan mask secara berkala, ia dapatmengurangkan kerosakan serta bantu menyalurkan nutrien penting yang diperlukan kulit. Ia bernar-benar berkesan untuk menaikkan seri kulit dalam masa yang singkat malah merubah tekstur kulit yang kasar serta kering menjadi lembut bak sutera.

Inovasi Mamonde memanfaatkan ramuan bunga-bungaan botanikal yang terbahagi kepada tiga rangkaian mask termasuklah Signature Sheet Mask (RM13), Floral Essence Sheet Mask (RM6) dan Skin Fit Mask (RM19).

Untuk keterangan lanjut, sila layari [www.mamondegarden.my]. Produk Mamonde boleh didapatkan di kaunter Mamonde Aeon 1 Utama, Aeon Mid Valley Megamall dan Aeon Bukit Indah.

IKLAN