Dengar cerita, Prince Harry akan bawa teman wanitanya, Meghan Markle untuk tinggal bersama… betul ke?
Sebelum ini, aktres drama bersiri popular Suits itu memang sering dilihat berulang alik melawat Prince Harry di kediaman bujangnya namun dikhabarkan rumah baru mereka berdua akan berada berhampiran dengan istana Kesington Palace, dekat dengan abang dan kakak iparnya, Prince William dan Kate.
Sebuah sumber yang rapat dengan putera bujang itu memberitahu, Prince Harry nampaknya memang sudah tidak sabar untuk berpindah dan tinggal sebumbung dengan teman wanita kesayangannya itu kerana asyik ulang-alik memeriksa sama ada proses pengubah suaian rumah mereka itu sudah siap sepenuhnya atau belum.
Untuk pengetahuan semua, Prince Harry dan Meghan sudah pun bercinta sejak beberapa bulan yang lalu namun baru sahaja mengesahkannya November lepas.
Pengumum itu agak janggal untuk seorang Putera kerana lazimnya mereka lebih cenderung untuk menyimpan dan menyorokkan tentang hal peribadi lebih-lebih lagi apabila ia bersangkut paut dengan cinta dan perhubungan.
Meghan Dilihat Memakai Cincin Dengan Perhiasan Berbentuk Huruf ‘H’ Yang Merujuk Kepada Nama Prince Harry
https://www.youtube.com/watch?v=2pghsHeMsn4
Sebelum ini, ketika sedang bercinta dengan bekas teman wanitanya Cressida Bonas dan Chelsy Davy, Prince Harry tak pernah membuka mulut atau bercerita mengenai wanita-wanita tersebut. Hmm… nampaknya kali ini, beliau benar-benar yakin bahawa Meghan adalah pilihan yang tepat untuk menjadi suri hati hidupnya.
Walau bagaimanapun, pihak Kesington Palace tidak mahu mengulas lanjut tentang kenyataan bahawa mereka berdua sebenarnya telah bertunang kerana Meghan Markle adalah seorang janda yang sudah pernah berkahwin sebelum disahkan bercerai dengan bekas suaminya, Trevor Engelson pada tahun 2013.
Prince Harry dan Meghan dijangka berpindah masuk ke rumah baru menjelang September depan.