Beauty Junkies! Penulis ada berita paling menggembirakan!
Sephora akhirnya melancarkan aplikasi membeli-belah mudah alih yang pertama! Aplikasi yang juga merupakan industri pertama seumpamanya, boleh dimuat turun oleh di seluruh negara melalui Apple Store dan Google Store secara percuma! (Sephora Mobile App)
“Pembeli kami mahukan yang terbaik dalam kecantikan, jadi terima kasih kepada aplikasi ‘Sephora – Beauty Shopping’. Aplikasi yang kini di hujung jari memudahkan semua peminat kecantikan untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan sama ada barangan mekap, penjagaan kulit, wangian, mandian serta banyak lagi – pada bila-bila masa, di mana sahaja.
“Bukan itu sahaja, pembeli juga disajikan dengan ganjaran eksklusif termasuk flash preview, akses awal kepada pelancaran produk dan promosi,” jelas Cindy Lee, Country Manager, Sephora Malaysia.
Aplikasi ini memastikan Sephora terus menerajui pasaran dengan tidak hanya yang terbaik dalam kecantikan, tetapi juga inovasi digital terus.
Jadi, semua beauty junkies, pergilah muat turun aplikasi Sephora sekarang dan dapatkan semua produk pilihan!