Berita & Isu Semasa

[Video] 18 Cedera Gara-Gara Eskalator Yang Sepatutnya Naik Berundur

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, Cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
[Video] 18 Cedera Gara-Gara Eskalator Yang Sepatutnya Naik Berundur

Pengunjung sebuah pusat membeli-belah di Hong Kong menjerit ketakutan apabila eskalator sepanjang 45 meter tiba-tiba berubah arah dan menarik orang ramai yang berada di atasnya jatuh secara bertindih, menghempap satu sama lain. 

Dilaporkan sekurang-kurangnya 18 orang telah tercedera berikutan insiden tersebut termasuk seorang lelaki yang turut dikejarkan ke hospital.

Insiden berkenaan berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) memperlihatkan berpuluh pengunjung yang beratur dan sepatutnya bergerak naik menerusi eskalator telah berundur kembali dalam sekelip mata.

Tonton Video Tragedi Eskalator Berundur Yang Dirakam CCTV 

Keadaan panik itu juga secara tidak langsung membuatkan pengunjung yang berada di eskalator sebelah turut bergegas turun sebaik melihat insiden itu.

Kejadian yang berlaku di Langham Place ini disahkan berpunca daripada kerosakan eskalator.

SUMBER

Komen Anda