Fesyen

Adidas Perkenal Sneakers Berpotongan Unik Untuk Lelaki Hip

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Adidas Perkenal Sneakers Berpotongan Unik Untuk Lelaki Hip

Selaku jenama fesyen serta pembekal barangan sukan tersohor, Adidas tampil dengan rekaan kasut baharu yang dicipta bersama label fesyen Arrows & Sons dari Jepun.

Kasut sneakers ini mempunyai perincian berkelas, diinspirasi dari fesyen jalanan urban yang pastinya memberi keunikan kepada si pemakai.

Foto -Arkib Wanista

United Arrows & Sons turut menerapkan perincian tiga jalur yang menjadi tanda dagangan hasil fesyen ciptaannya. 

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Lebih menarik, terdapat juga hiasan bercetak di sisi kasut yang berbentuk tulisan Katakana membawa maksud “United Arrows &  Sons” dan “adidas Originals” hasil nukilan MIKITYPE yang merupakan seorang kaligrafi ternama.

Foto -Arkib Wanista

Sepatu NMD_CS1 silhouette edisi terhad ini secara eksklusif akan dijual di gedung atas talian adidas [shop.adidas.com.my]. Harga yang ditawarkan adalah RM870 sepasang, boleh didapatkan dalam saiz UK5 – UK11.

BACA  Seksa Kim Kardashian Pakai Dress Korset Sampai Tak Boleh Duduk Dan Kencing
Leave a Reply
Your email address will not be published. *