Nampaknya dongeng itik bertelur ’emas’ itu bukanlah sekadar cerita rekaan.
Di London, seorang wanita terkejut apabila menemui sebutir berlian di dalam telur rebus yang dimakannya.
Sally Thomson, 39, mengalami kejadian itu selepas merebus enam biji telur untuk sarapannya.
Mulanya, dia seolah dapat merasakan sesuatu di dalam mulutnya apabila memakan sebiji telur berkenaan dan terperanjat apabila mendapati ia rupanya sebutir berlian halus.
Sally berkata, yang lebih menghairankannya ialah kejadian itu berlaku secara kebetulan kera dia bakal melangsungkan perkahwinannya bulan lima nanti.
https://www.youtube.com/watch?v=4bp_oZ2zia4
Pakar berkata, berlian itu kemungkinan dimakan oleh ayam dan kemudian berpindah ke dalam telur.
Wanita yang berasal dari Carlisle itu berkata, “Saya cuba menurunkan berat badan sebelum melangsungkan perkahwinan dengan memakan telur sahaja selama beberapa hari.
“Saya merebus enam biji dan memakan satu daripadanya apabila merasakan sesuatu yang keras di dalam mulut. Saya mengeluarkannya di atas pinggan dan terkejut kerana ia berkilauan sebelum dapat mengesahkan sendiri ia berlian.
Sally menyifatkan penemuan itu yang berlaku menjelang hari perkahwinnanya sebagai di luar dugaan.