Acara

Karnival Disney Junior Mickey Mouse Temui Peminat Cilik Seluruh Malaysia!

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Karnival Disney Junior Mickey Mouse Temui Peminat Cilik Seluruh Malaysia!

Saat yang dinanti-nanti telah tiba, siri animasi terbaru Disney Junior memperkenalkan siri Mickey and the Roadster Racers!

Peminat Mickey Mouse di Malaysia kini berpeluang berjumpa dan beriadah bersama “Disney Junior Mickey and the Roadster Racers Carnival” dan menerima sendiri lesen Roadster Racer. 

Foto – arkib Wanista.com

Bermula pada 15 Mac, pegalaman teruja bertemu dengan Mickey dan karnival Roadster Racers berlangsung di tiga lokasi di seluruh Malaysia iaitu: Kuala Lumpur (15 hingga 26 Mac), Pulau Pinang (29 Mac hingga 4 April) dan Kota Bharu (6 hingga 8 April). 

Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com

Pelbagai aktiviti interaktif anak-anak dan anda dapat lakukan bersama. Anak-anak anda dapat memandu sendiri Roadsters di Hot Dog Hills dan menerima lesen memandu Roadster Racers. Selain itu mereka boleh mereka sendiri helmet dengan mengambil tempat di aktiviti mewarna dan kraftangan. 

Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com

Bagi mereka yang tinggal sekitar Kuala Lumpur temui Mickey di 

Tarikh: 15 – 26 Mac 2017
Masa: 10 pagi hingga  7 malam
Tempat: Mid Valley Mega Mall, Centre Court, KL

Mickey and the Roadster Racers barmula tayangan di Disney Junior (ASTRO Ch 613) pada 24 Mac 2.30 petang.

BACA  BODYMINDSOUL FESTIVAL Program Inspirasi Untuk Generasi Muda!
Leave a Reply
Your email address will not be published. *