Acara

Sertai Ulang Tahun Lazada Ke-5 Yang Meriah Dengan Jualan Murah!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Sertai Ulang Tahun Lazada Ke-5 Yang Meriah Dengan Jualan Murah!

Demi terus menyediakan perkhidmatan jualan atas talian yang terbaik buat rakyat Malaysia, tahun ini Lazada menyambut ulang tahunnya yang ke-5 dengan mengumumkan perancangan syarikat menjadi pemangkin pertumbuhan e-dagang dengan memperkasakan para usahawan, termasuklah yang baru sahaja menyelami bidang perniagaan atas talian untuk turut serta bekerjasama dengan pihaknya sebagai rakan perniagaan ekosistem.

Untuk pengetahuan semua, sehingga Januari 2017, aktivitie-dagang telah menyumbang sebanyak 5.8%  kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Angka ini dijangka bakal meningkat sebanyak 24% setiap tahun menjelang 2020. Generasi moden masa kini adalah pemacu utama kepada perubahan dalam tabiat pembelian.

Bersempena sambutan ulang tahun ke-5 dari 22 hingga 24 ini, para pengguna diundang untuk turut serta bersama-sama memeriahkan kempen yang dianjurkan di mana rakyat Malaysia berpeluang membeli-belah barangan terpilih pada harga rendah termasuklah barangan berjenama seperti Bosch, Tefal, Levi’s, Nestle, Drypers, Tesco, L’Oreal, Microsoft dan banyak lagi!

Harga yang ditawarkan amatlah berpatutan bermula serendah RM1 hinggalah kepada promosi ‘Beli 1 Percuma 1’ yang melibatkan lebih 1 juta produk pilihan!

Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.lazada.com.my/birthday-sale]

Leave a Reply
Your email address will not be published. *