Beyonce tanya,
Kita jawab…
…GIRLS!
Bunyi macam feminis kan? Tapi itulah hakikat dunia hari ini. Tidak seperti zaman dahulu kala di mana wanita hanya perlu duduk di rumah sambil melakukan kerja-kerja harian yang pastinya langsung tidak membuka mata dan pandangan kaum hawa.
Tetapi kini, perempuan sudah bisa berdiri sama tinggi dengan lelaki. Kebanyakan wanita telah berjaya, dan ada sebahagiannya turut berani untuk mencebur diri dalam bidang yang kebanyakannya dimonopoli oleh lelaki.
Untuk perkongsian bersama, Wanista senaraikan 10 wanita berpengaruh di dunia!
#1 Jocelyn Wildenstein : $550 Juta AS
Wanita bernama Jocelyn yang juga dikenali sebagai “Cat Women” memiliki perjalanan hidup yang agak sadis.
Beliau adalah merupakan isteri kepada jutawan Alec Wildenstein yang obses dengan kucing.
Oleh kerana sifat suaminya yang mungkin dianggap berat sebelah itu mendorong Jocelyn untuk melakukan pembedahan plastik menukar wajahnya agar memiliki bentuk wajah seperti haiwan berbulu kesayangan suaminya.
Akhirnya, Jocelyn diceraikan kerana suka membazir dan berbelanja terlalu mewah semata-mata untuk membuat pembedahan kosmetik. Yup, sampai satu tahap, Jocelyn telah menghabiskan harta suaminya benilai $4 juta AS hanya untuk melakukan pembedahan plastik!
Jocelyn telah menerima wang bernilai $2.5 bilion AS sebagai pampasan penceraian serta nafkah $100 juta AS setiap tahun selama 13 tahun berturut-turut. COOL!
#2 Margarita Louis-Dreyfus : $5.2 Bilion AS
Membesar di Rusia, Margarita Louis-Dreyfus adalah seorang anak yatim yang tidak pernah menyangka akan hidup semewah sekarang.
Hidupnya berubah secara drastik apabila dia bertemu dengan mendiang suaminya, Robert Louis-Dreyfus ketika dalam sebuah penerbangan pada tahun 1988.
Robert merupakan sepupu kepada aktres terkenal Julia Louis-Dreyfus dan adalah seorang jutawan Perancis yang menjana kemewahan dengan menyelamatkan syarikat-syarikat besar yang hampir muflis.
Pada tahun 2009, Robert mati selepas menghidap barah luekemia lalu meninggalkan harta yang banyak termasuk perniagaannya kepada Margarita.
Margarita bagaimanapun harus berani untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang dimonopoli oleh kaum lelaki itu… sehinggalah dia menjadi seorang tokoh perniagaan wanita yang disegani kini.
#3 Sandra Ortega Mera : $6.7 Bilion AS
Sandra Ortega Mera adalah anak kepada lelaki kedua terkaya di dunia, Amancio Ortega.
Yup! Amancio Ortega adalah pemilik dan pengasas gedung fesyen terkemuka ZARA.
Meskipun ayahnya merupakan individu yang kaya raya, Sandra sebenarnya bukanlah mewarisi kekayaan daripada ayahnya kerana beliau sebenarnya mewarisi harta tinggalan ibunya setelah ibunya mati pada tahun 2013 yang lalu.
Sandra tidak mempunyai kaitan dengan ZARA namun memilih untuk meneruskan legasi si ibu untuk menguruskan sebuah organisasi bukan kerajaan yang digelar Fundacion Paidea yang membantu orang-orang kurang upaya secara fizikal dan mental agar mereka bisa mendapatkan pekerjaan yang tetap seperti orang normal.
#4 Katherine Rayner : $7.8 Bilion AS
Datuknya adalah pengasas kepada syarikat terkemuka, COX Enterprise iaitu sebuah syarikat automotif dan konglomerat media pada tahun 1800.
Katherine kemudiannya memecahkan 50% milikan syarikat sama rata bersama dua adik-beradiknya, James Cox Chambers dan Margaretta Taylor manakala ibunya, Anne Cox Chambers mempunyai saham sebanyak 48% dalam sayarikat itu.
Meskipun mempunyai harta yang banyak menerusi syarikat peninggalan datuknya, Katherine sebenarnya langsung tidak terlibat dengan aktif dalam COX Enterprise. Sebaliknya hanya memilih untuk terlibat dalam perkara-perkara lain seperti menjadi salah seorang ahli lembaga pengarah tertinggi untuk Morgan Public Library, New York Public Library dan Animal Rescue Fund.
#5 Charlene De Carvalho-Heineken : $12.1 Bilion AS
Charlene bertukar dari seorang suri rumah kepada seorang usahawan wanita hanya dalam masa seminggu!
Selepas kematian bapanya pada tahun 2002, beliau telah mendapat saham sebanyak 25% dari syarikat bru HEINEKEN milik bapanya.
Charlene kemudian menjadi pemegang saham majoriti kepada syarikat tinggalan bapanya dan berjaya menjadi CEO Heineken.
Charlene kini merupakan CEO kepada sebuah syarikat bru ketiga terbesar di dunia tanpa mengambil sebarang khursus mahupun latihan formal. Beliau memang seorang yang ‘cepat tangkap’ dan cekap dalam memahami selok-belok perniagaan keluarganya itu sehingga berhasil mengecapi kejayaan yang lumayan.
#6 Laurene Powell Jobs : $20.5 Bilion AS
Siapa yang tidak kenal dengan balu Steve jobs ni. Laurene Powell memiliki harta peninggalan suaminya yang merupakan CEO serta Pengasas syarikat teknologi terkemuka, Apple setelah suaminya itu mati pada tahun 2011.
Bukan itu sahaja, wanita ini turut mengaut keuntungan dari saham yang dimilikinya dari pembelian Studio Animasi PIXAR daripada Disney sekitar tahun 2006 dahulu selain turut mempunyai perkongsian kecil dalam syarikat Apple.
Biarpun suaminya seorang jutawan dan telah meninggalkan harta yang banyak untuknya, Laurene sebenarnya mempunyai latar belakang yang kukuh -kini lebih berminat untuk mewujudkan beberapa badan amal untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik dari segi keperluan pendidikan mereka.
#7 Maria Franca Fissolo : $22.1 Bilion AS
Maria mendapat wang yang begitu banyak menerusi perniagaan coklat yang dijalankan suaminya, Ferrero Spa.
Ferrero Spa adalah pencipta coklat ikonik Ferrero Rocher, Kinder Chocolates dan Nutella. Ini adalah syarikat coklat kedua terbesar di Eropah.
Pada tahun 2015 selepas kematian suaminya, Maria memonopoli empayar kekayaan milik Ferrero yang berjumlah berbilion dollar.
#8 Jacqueline Mars : $31.8 Bilion AS
Jacqueline adalah isteri kepada mendiang Franklin Clarence Mars iaitu pemilik utama syarikat coklat MARS yang merupakan syarikat coklat terbesar di dunia.
Selain coklat jenama Mars sendiri, syarikat itu turut menghasilkan beberapa coklat dan manisan popular lain termasuklah TWIX, SKITTLES, M&M’s dan MilkyWay.
#9 Alice Walton: $32.6 Bilion
Alice adalah anak kepada Sam Walton iaitu pengasas gedung harian popular Walmart. Untuk pengetahuan semua, wanita ini adalah antara 13 orang terkaya di dunia!
Meskipun begitu, Alice tidak seperti adik-beradiknya yang lain kerana tidak terlibat aktif dalam pernigaan peninggalan bapanya itu oleh kerana mintanya yang mendalam terhadap lukisan serta karya seni.
Alice lebih cenderung untuk membeli dan mengumpul karya seni termasuklah hasil daripada para pelukis popular seperti Andy Warhol, Norman Rockwell dan Georgia O’Keefe.
#10 Liliane Bettencourt : $36.4 Bilion AS
Liliane dikenali sebagai wanita yang paling kaya dan berpengaruh di Eropah. Beliau adalah seorang sosialit, usahawan dan waris kepada syarikat L’Oreal’s Fortune.
Sejak kematian bapanya, Eugene Schuller pada tahun 1957, Liliane telah mengambil alih syarikat L’Oreal’s Fortune sepenuhnya sehingga 2012 sebelum dirinya dipaksa untuk meletakkan jawatan.
Bukan itu sahaja, Liliane berjaya membangunkan sebuah badan kebajikan yang dipanggil Foundation Bettencourt Schuller untuk menyokong pembangunan perubatan, budaya dan kemanusiaan yang memakan bajet tahunan sebanyak $160 juta.
So? Who run the world?