Katie Scott adalah pelukis yang berpangkalan di London. Wanita ini sering menjadikan flora dan fauna sebagai inspirasi bagi menghasilkan ilustrasi yang unik lagi estatik.
Baru-baru ini, Katie tampil untuk bekerjasama dengan H&M menghasilkan koleksi kanak-kanak dengan menerapkan elemen ilustrasi kegemarannya seperti lakaran hidupan liar yang menjadi perincian utama pada helaian pakaian kanak-kanak terkini H&M.
Koleksi edisi terhad ini dihiasi ilustrasi menarik hasil lakaran asli Katie yang dihasilkan menerusi gabungan pelbagai warna, teknik cetakan menarik serta perhiasan sulaman yang germalapan.
Koleksi H&M x Katie Scott ditawarkan untuk kanak-kanak perempuan dan lelaki, mula dijual di cawangan H&M seluruh Malaysia bermula esok, 23 Mac 2017.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.hm.com/my/department/KIDS.