Bagi wanita yang berjiwa feminin, Barbie adalah patung permainan yang tidak asing lagi.
Kanak-kanak gemar menjadikannya idola kerana selain memiliki rupa paras yang dianggap cantik dan sempurna, fesyennya yang pelbagai serta boleh ditukar ganti itu sedikit-sebanyak mewujudkan keseronokan buat individu yang bermain dengannya.
https://www.instagram.com/p/BORI1cugqmp/?taken-by=myhijabie&hl=en
Bagi individu dewasa yang mempunyai hobi mengumpul patung ikonik itu, mereka sudah tentu menganggapnya sebagai objek yang bernilai dan unik. Begitulah tanggapan seorang suri rumah mencipta kelainan dengan menggayakan fesyen muslimah terhadap anak patung berasal dari barat itu.
https://www.instagram.com/p/BRfHxCABH8W/?taken-by=myhijabie&hl=en
https://www.instagram.com/p/BIcNpxujG4C/?taken-by=myhijabie&hl=en
Bagi pengasas patung Hijabie, Siti Sumarni Suhaimi, 32, permainan kegemaran kanak-kanak seluruh dunia itu tidak semestinya berpakaian moden dan seksi untuk menarik minat mereka.
“Waktu saya kecil saya mempunyai patung Barbie dan saya cakap dengan emak hendak pakaikannya baju kurung. Apa salahnya, kita buat fesyen lain daripada Barat.
https://www.instagram.com/p/BFQJWQYrHa8/?taken-by=myhijabie&hl=en
“Sekarang, saya terfikirkan untuk sediakan fesyen muslimah untuk mereka. Kalau kanak-kanak lihat di kedai hanyalah Barbie dengan pakaian yang seksi, tetapi kini ada fesyen kurung yang menggambarkan budaya kita.
https://www.instagram.com/p/BHJOh97jKGW/?taken-by=myhijabie&hl=en
https://www.instagram.com/p/BCcoUg0LHXY/?taken-by=myhijabie&hl=en
Koleksi eksklusif ini menjadi tumpuan pelanggan untuk dijadikan hadiah hari jadi, hiasan berkaitan perkahwinan mahu pun pengumpul tegar patung Barbie.
Terjual lebih 50 unit patung setiap bulan, ia turut mendapat sambutan di luar negara malah turut diminati pembeli bukan Islam.
Mewarisi bakat menjahit dari ibunya, Siti berkata ia juga salah satu tanggungjawab sosial baginya mempromosikan nilai-nilai kesopanan.
https://www.instagram.com/p/BRE2HQuBFWq/?taken-by=myhijabie&hl=en
Siti yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kini menguruskan pernigaan patung Hijabie menerusi akaun Instagram @myhijabie. Apa yang menarik, busana yang digayakan patung tersebut juga boleh dibuat mengikut permintaan pelanggan.