Hiburan

K-Drama: ‘Song Song Couple’ DOTS Sambut Ulang Tahun Pertama!

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
K-Drama: ‘Song Song Couple’ DOTS Sambut Ulang Tahun Pertama!

Descendants of the Sundrama Korea tahun 2016 yang paling tidak dilupakan para peminat K-Drama di Malaysia. Drama yang paling mencetuskan fenomena dengan kehadiran pasangan pelakon terhebat Song Hye Kyo dan Song Joong Ki

IKLAN

Genap setahun drama tersebut telah ditayangkan dan ianya memberi makna besar terhadap krew dan para pelakon yang terbabit. Semalam, aktres Song Hye Kyo berkongsi gambar sambutan ulang tahun DOTS di laman Instagram miliknya. 

Difahamkan sambutan itu juga bagi meraikan kemenangan Song Joong Ki yang mendapat anugerah pelakon lelaki terbaik di 29th Korea PD Awards. 

https://www.instagram.com/p/BRwOunslk5V/?taken-by=kyo1122

Song Song Couple nama gelaran yang diberikan oleh peminat tegar DOTS kepada pasangan hero dan heroin drama tersebut gara-gara mereka selalu bersama dan memberi sokongan terhadap satu sama lain semasa majlis anugerah serta ketika sidang media. 

Ada juga yang mengharapkan mereka menjalinkan suatu perhubungan yang serius. Pasti ramai peminat yang rindu inginkan penampilan mereka berdua lagi didalam sebuah drama. 

Walau apa pun, tahniah diatas kejayaan yang mengagumkan DOTS! 

SUMBER

IKLAN