Tak sangka runpanya Presiden baru Amerika Donald Trump bakal menimang cucu ke-9 selepas anak lelakinya Eric berkongsi berita isterinya Lara sedang mengandung anak pertama mereka.
.@LaraLeaTrump & I are excited to announce that we are adding a boy to #TeamTrump in September. It's been an amazing year. We are blessed! pic.twitter.com/ENrhdxdziA
— Eric Trump (@EricTrump) March 20, 2017
Ramai turut berkongsi kegembiraan diselangi ucapan tahniah yang tidak putus-putus daripada pihak netizen.
Dalam masa yang sama, berita gembira itu turut disambut meriah oleh si ‘bakal’ datuk dengan mengucapkan tahniah malah menyatakan betapa bangganya dia terhadap pasangan anaknya itu.
Congratulations Eric & Lara. Very proud and happy for the two of you! https://t.co/s0T3cTQc40
— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) March 20, 2017
Lara membalas, “Terima kasih datuk! “
Thank you grandpa! 😊 https://t.co/I0jMxGdpBg
— Lara Trump (@LaraLeaTrump) March 20, 2017
“Kami mendapat tahu tentang kehamilan ini pada sambutan hari lahir saya tempoh hari,” jelas Eric.
Eric dan Lara telah bercinta selama 6 tahun sebelum memutuskan untuk berkahwin pada tahun 2014. Ini adalah kehamilan pertama dan Lara dijangka melahirkan pada Sepetember akan datang.