Kek dan perkahwinan tidak dapat dipisahkan.
Upacara memotong kek pula umpama simbolik bertujuan memeriahkan majlis sekaligus berkongsi kemesraan ikatan mempelai yang baru sahaja membina mahligai bersama hadirin sekalian.
Tidak seperti lelaki, wanita itu secara lahiriahnya lebih peka dan terperinci akan sesuatu perkara. Keadaan ini dapat dilihat menerusi proses pemilihan kek kahwin.
“Lelaki mungkin tak kisah tapi pengantin perempuan mesti akan ‘naik gila’ bila mereka tak dapat apa yang dihajatkan”.
Walau bagaimanapun, jika dinilai daripada aspek kehendak sahaja tidak cukup… Poket pun mesti tebal. Kan?
Oleh kerana Wanista peka dengan kehendak bakal pengantin yang amat berkira-kira dengan bajet, ini salah satu cara untukmu berjimat.
Tak perlu fondant mahupun ukiran aising mahal, cuma guna kuntuman bunga segar untuk menghias kek cara mewah!
#1 Ros
#2 Lavender
#3 Bunga Matahari
#4 Peony
#5 Lili
#6 Daisy
#7 Anggerik
#8 Baby’s Breath
#9 Bunga Kertas (Bougainvillea)
#10 Daun Pohon Menjalar
Kalau agak-agak tak jumpa bunga tu, gunalah daun menjalar macam daun pokok zaitun ke, paku pakis ke… Rosemary pun boleh 🙂
Pucuk Paku Pakis
Daun Rosemary + Beri Biru (blueberry)
Daun Pokok Zaitun
Selamat berdekorasi!