Wajib Tahu! Penjagaan Kebersihan Ketika Datang Haid

Mar 20, 2017
341 Shares 2834 Views

Sememangnya wanita perlu menitikberatkan banyak perkara, dari segi fesyen yang sentiasa up-to-date sehinggalah bab menjaga kebersihan diri. Paling utama ialah ketika datang haid atau bulan. Yup, memang setiap bulan wanita akan berhadapan dengan situasi tidak selesa dan leceh di bahagian bawah. 

Namun tidak ramai yang mengambil berat soal kebersihan semasa datang bulan. Tahukah anda ketika waktu datang bulan, risiko berjangkit bakteria sangat tinggi ini disebabkan terdapat lendir (mucus) yang menghalang laluan serviks untuk mengeluarkan darah haid dari vagina. Tidak mustahil bakteria boleh merebak dibahagian uterus dan rongga pelvis. Pertukaran pH di vagina juga boleh menyebabkan jangkitan yis. 

Amat penting dan mustahak bagi seseorang wanita untuk tahu menjaga kawasan istimewa mereka itu. Dari situ bermulanya cara menjauhi dari sebarang jangkitan atau penyakit serius dan jalan tepat untuk kekal sihat. Jadi, apakah yang perlu anda tahu ketika datang haid? 

#1 Kerap Mandi 

Foto – KTRK

Bila datang haid, mood dan emosi juga bertukar negatif. Semua benda rasa malas nak buat, nak mandi pun malas. Jangan malas mandi! Waktu seperti ini anda dinasihatkan kerap mandi atau cuci kawasan celah kelangkang. Ia membantu mengawal bau badan dan vagina. Jika anda tidak dapat membasuh seperti biasa, anda boleh gantikan dengan lap bersih menggunakan tisu basah atau tisu tandas. Paling penting anda turut berasa segar sepanjang hari! 

#2 Ini Cara Betul Cuci Bahagian Intim 

Foto – Google

Jangan guna sabun biasa! Membasuh menggunakan sabun biasa boleh mematikan bakteria baik yang bekerja sebagai pembersih semulajadi vagina anda. Ia juga boleh menyebabkan jangkitan lain. Jadi guna pembersih intim yang disyorkan dan hanya cuci dibahagian luar sahaja. Cuci pada bahagian vagina dahulu kemudian dikuti pada dubur. Jangan sesekali bermula pada bahagian dubur ini boleh mengakibatkan bakteria dibahagian tersebut merebak ke bahagian terbuka vagina semasa mencuci. Hati-hati! 

BACA: 6 BAU TIDAK MENYENANGKAN DARI VAGINA, APA MAKSUDNYA? 

#3 Tukar Pad Setiap 4 – 3 Jam 

Foto – www.egeve.com

Kesalahan besar bila datang haid ialah tunggu pad atau tampon penuh baru tukar kepada yang baru. Tahukah anda saat anda membiarkan pad penuh, ia boleh membawa kepada pelbagai jangkitan bakteria, iritasi kulit dan juga sindrom TTS (Toxic Shock Syndrome). Penuh atau tidak, pastikan anda tukar pad atau tampon anda setiap 3 hingga 4 jam sehari. 

#4 Jangan Pakai Seluar Atau Seluar Dalam Ketat 

Foto – Robelyn Labs

Pada waktu ini anda perlu jauhi dari mengenakan sebarang seluar dalam atau seluar ketat. Seluar dalam yang ketat boleh menyebabkan iritasi kulit pada bahagian vagina dan ketidakselesaan. Jadi nasihat Wanista, kenakan seluar dalam dari fabrik kapas dan longgar untuk anda rasa selesa sepanjang aliran haid. 

BACA: 8 CARA MENGURANGKAN SAKIT SENGGUGUT SEMASA HAID 

#5 Sentiasa sediakan barang ‘kecemasan’ 

Foto – Stuff.co.nz

Apa guna kalau bawa beg tangan yang besar dan mahal jika tanpa barang-barang ‘kecemasan’. Pastikan anda membawa tisu basah, ekstra pad atau tampon, losyen antiseptik dan juga pil tahan sakit (jika perlu). Orang kata ‘sediakan payung sebelum hujan’! 

Datang haid? Amalkan tips di atas ya.. 

Rujukan 1 & 2 

Anda juga mungkin berminat

5 Bahan Dari Dapur Anda Ini Mampu Menyihatkan Masalah Kulit Kering!
Tips - Kecantikan
51 shares427 views
Tips - Kecantikan
51 shares427 views

5 Bahan Dari Dapur Anda Ini Mampu Menyihatkan Masalah Kulit Kering!

Izzah Azizah - Mar 23, 2017

Kering sehingga merekah dan luka!  Kulit kering jarang berlaku pada penduduk negara yang mempunyai cuaca lembab sepanjang tahun seperti Malaysia.…

Review: 5 Perkara ‘Best’ Tentang Samsung Galaxy A5 2017
Review
46 shares530 views
Review
46 shares530 views

Review: 5 Perkara ‘Best’ Tentang Samsung Galaxy A5 2017

Afiqah Syamin - Mar 23, 2017

Telefon pintar adalah keperluan masa kini yang wajib bagi semua manusia. Selain memudahkan kita untuk berhubung, telefon pintar juga tidak…

Nak Perut Kempis Bak Supermodel? Hanya Minum Detoks Timun Sebelum Tidur
Kecantikan
88 shares832 views
Kecantikan
88 shares832 views

Nak Perut Kempis Bak Supermodel? Hanya Minum Detoks Timun Sebelum Tidur

Malisa Aina - Mar 23, 2017

Siapa yang tak inginkan perut kempis bak supermodel Victoria's Secret? Nampak cantik mengenakan apa sahaja outfit. Semestinya perut menggelebeh ke depan,…

Penuhi Aktiviti Cuti Sekolah Ini Dengan Menonton Rancangan Menarik Di Neftlix
Info Menarik
9 shares229 views
Info Menarik
9 shares229 views

Penuhi Aktiviti Cuti Sekolah Ini Dengan Menonton Rancangan Menarik Di Neftlix

Izzah Azizah - Mar 23, 2017

Cuti sekolah datang lagi! Pasti diantara anda masih lagi belum menyediakan aktiviti menarik untuk anak-anak. Apa kata kali ini ambil…

Sertai Ulang Tahun Lazada Ke-5 Yang Meriah Dengan Jualan Murah!
Acara
25 shares260 views
Acara
25 shares260 views

Sertai Ulang Tahun Lazada Ke-5 Yang Meriah Dengan Jualan Murah!

Afiqah Syamin - Mar 23, 2017

Demi terus menyediakan perkhidmatan jualan atas talian yang terbaik buat rakyat Malaysia, tahun ini Lazada menyambut ulang tahunnya yang ke-5…

Leave a Comment

Your email address will not be published.