McDonald’s Malaysia baru-baru ini meraikan menu hidangan ikoniknya berasaskan ayam iaitu Ayam Goreng McD yang telah diperkenalkan sejak 1986.
Ayam Goreng McD sememangnya mempunyai rasa yang istimewa, tepung yang menyaluti ayam adalah rangup malah daging ayamnya juga empuk berjus membuatkan pelanggan tidak pernah jemu untuk menikmatinya sebagai hidangan harian tidak kisahlah sama ada untuk makan tengahari atau pun malam.
McDonalds Malaysia sentiasa peka dengan kemahuan rakyat yang sentiasa dahagakan makanan kegemaran tempatan, dan sebagai inisiatif untuk menyahut permintaan ramai terhadap menu istimewa tersebut, McDonald’s kini memperkenalkan ‘Share Box’ yang membolehkan Ayam Goreng McD dibeli dalam kuantiti yang lebih banyak.
Bermula hari ini (20 Mac), Share Box akan ditawarkan kepada semua peminat Ayam Goreng McD di Malaysia yang boleh didapati dalam kuantiti 5 atau 9 ketul ayam, masing-masing berharga RM23.50 dan RM39.95.
Terdapat dalam pilihan perisa asli (original) dan pedas (spicy), Ayam Goreng McD bukan macam biasa!
Tonton Komersial Yang Menyaksikan Kehebatan Ayam Goreng McD
Untuk tonjolkan lebih keterujaan anda terhadap Ayam Goreng McD, jangan ketinggalan untuk menyertai cabaran #mostawesomebite mulai 20 Mac hingga 23 April ini. Para pelanggan hanya perlu menunjukkan rasa nikmat Ayam Gorenf McD hanya menggunakan ekspresi muka dan bahasa badan menerusi video yang berdurasi 60 saat.
Sepuluh (10) video menarik yang terpilih akan mendpaat baucar McDonald’s bernilai RM500 setiap satu. Sila klik [www.mcdonalds.com.my/mostawesomebite] untuk mendaftar serta menghantar penyertaan.