Courts Malaysia peneraju utama dalam jualan barangan elektrik dan perabot telah menyambut ulang tahun ke 30 mereka. Hampir seluruh keluarga di Malaysia memilih Courts sebagai tempat bagi mendapatkan pelbagai pilihan untuk kelengkapan rumah. Sebagai tanda penghargaan Courts kepada rakyat Malaysia, Courts melancarkan kempen hari jadi Meraikan Hidup Senang dengan pelbagai aktiviti dan promosi dijalankan akan datang.
Mereka juga memperkenalkan kempen ‘Harga Rendah Hari-Hari’ komited memberikan harga yang berpatutan dan rendah untuk kesemua barangan kelengkapan rumah. Pelanggan bakal menerima diskaun sehingga 70% dan tawaran harga serendah RM30 dari lebih 300 produk. Selain itu, mereka diberikan sebuah buku baucer yang menawarkan penjimatan sehingga RM3,000, mata 300,000 BonusLink dan berpeluang mendapatkan cashback berjumlah RM3,000,000.
Tidak ketinggalan, Courts melancarkan iklan komersial TV bertajuk ‘Buang’ eksklusif sempena ulang tahun 30 tahunnya. ‘Buang’ memaparkan sebuah jalan cerita pendek yang mengisahkan sebuah keluarga mempunyai pahit manis kehidupan.
Buat pertama kali juga Courts melancarkan lagu tema ‘Konfeti’ nyanyian penulis lirik-penyanyi Liyana Fizi. Video muzik memaparkan perjalanan nostalgi dan legasi Courts bersama rakyat Malaysia selama 30 tahun ini.
Layari www.courts.com.my untuk maklumat lanjut tentang kempen sambutan 30 tahun Courts Malaysia.