Berita & Isu Semasa, Hiburan

Zul Ariffin Bakal Saman Pemilik Jenama Pakaian

Malisa Aina
/
petite, nail biter, foodaholic, sneakers addict
Zul Ariffin Bakal Saman Pemilik Jenama Pakaian

Dilaporkan, Zul Ariffin, 31, bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik sebuah jenama pakaian kerana gagal melunaskan bayaran yang dijanjikan menerusi kerjasama yang pernah dijalan sebelum ini.

Menurut hero filem J Revolusi ini, dalam perjanjian awal dengan pihak terbabit, dia sepatutnya mendapat sejumlah bayaran untuk setiap penjualan jubah eksklusif jenama tersebut.

“Menerusi kerjasama ini, saya bertanggungjawab untuk mempromosikan jubah jenama dari awal kontrak bermula sekitar Mac hingga November tahun lalu.

“Bagaimanapun, selepas kontrak berakhir sehinggalah ke hari ini, saya langsung tidak mendapat sebarang bayaran daripada pihak terbabit,” katanya.

Tambah Zul lagi, dia turut menerima pelbagai alasan atas kegagalan pembayaran tersebut dan merasa tertipu dan teraniaya.

“Setiap kali dihubungi untuk meminta penjelasan berhubung perkara itu, pihak terbabit memberikan pelbagai alasan termasuk mengalami kerugian dan sebagainya.

“Apa pun di pihak saya, saya telah menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin dari sudut promosi dan paling penting tidak melanggar sebarang syarat yang ada dalam perjanjian tersebut,” ujar Zul kesal.

Berikutan itu, kata Zul, dia bakal mengambil tindakan undang-undang dan kini dalam proses mengumpulkan bahan bukti.

SUMBER

Komen Anda