Berita & Isu Semasa, Makanan

#H5N1 : Ayam Selamat Dimakan Jika Masak Sempurna Melebihi 70 Darjah Celcius

Malisa Aina
/
P.E.T.I.T.E
#H5N1 : Ayam Selamat Dimakan Jika Masak Sempurna Melebihi 70 Darjah Celcius

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, menasihati orang ramai supaya tidak bimbang dengan pengambilan makanan berasaskan ayam di negara ini walaupun berlakunya wabak selsema burung (H5N1) di Kelantan.

Bagaimanapun, katanya, ayam dan hasilan ayam selamat dimakan sekiranya ia dimasak dengan sempurna iaitu pada suhu melebihi 70 darjah Celsius.

“Di Malaysia, kita tak makan ayam mentah, kita masak…ayam dimasak dengan sempurna. Jadi, memanglah selamat untuk dimakan,” katanya.

Dr Hilmi berkata, pemantauan Kementerian Kesihatan setakat ini menunjukkan tiada laporan mengenai jangkitan H5N1 kepada manusia termasuk di Kelantan.

Namun, katanya Kementerian Kesihatan akan terus melakukan pemantauan secara berkala di setiap peringkat dan daerah.

Rabu lalu, Kelantan mengisytiharkan wabak H5N1 sebagai bencana negeri setelah ia merebak di jajahan Bachok dan Pasir Puteh selepas Kota Bharu dan Pasir Mas.

SUMBER

Komen Anda