Info Menarik, Kembara

Sanggup Tak Anda Tidur Di Dalam Hotel Terapung Ini?

Malisa Aina
/
petite, nail biter, foodaholic
Sanggup Tak Anda Tidur Di Dalam Hotel Terapung Ini?

Negara matahari terbit ini sememangnya terkenal dengan reka cipta di luar kotak pemikiran manusia dan yang satu ini tidak kurang hebatnya cuma ia agak mustahil dan kita tertanya-tanya kenapa ia dicipta sebegini?

Melihat pada gambar di atas, mungkin ada yang tertanya, benda apakah itu? Untuk makluman semua, itu adalah sebuah hotel. Hotel kapsul terapung yang dikenali sebagai Mizukami Hotel ini terletak di Nagasaki, ianya merupakan inspirasi dari taman tema ‘Huis Ten Bosch’ di Belanda. 

“Bilik ini adalah sama seperti hotel biasa, mempunyai katil, toilet, bilik mandi dan keluasannya 36 hingga 38 meter persegi, kira-kira 4 orang dapat tinggal,” jelas Hideo Sawada, presiden Huis Ten Bosch.

Dilaporkan, kos dicaj adalah kira-kira $300 satu malam, jadi, pada tetamu yang datang bolehlah berehat di luar pantai Jepun sambil dikelilingi lautan.

Foto – Boredpanda

Romantik tak? Sesuai untuk sesiapa yang nak berbulan madu.

SUMBER

Komen Anda