Ini Yang Berlaku Pada Badan Anda Jika Mengamalkan Pemakanan Ala Vegetarian

Mar 17, 2017
78 Shares 603 Views

Vegetarian ialah orang yang mengamalkan pemakanan tanpa daging atas sebab diet tertentu atau agama. Diet vegan mengambil sumber tumbuhan, sayuran dan buah-buahan dalam sajian harian tanpa sebarang daging dari binatang. Bukan itu sahaja, mereka juga tidak mengambil sebarang makan pek atau tin yang mengandungi lemak haiwan atau 

Pernah tak terfikir bagaimana keadaan tubuh dan kesihatan seorang vegetarian. Mungkin dia akan kekurangan sumber protein yang datangnya dari daging atau mengalami beberapa gangguan ketidakselesaan penghadaman? 

Rupanya terdapat tiga jenis vegetarian yang berasingan:-

1. Ovo-lacto vegetarian – diet yang mengambil produk tenusu dan telur

2. Ovo-vegetarian – diet yang tidak mempunyai produk tenusu tapi mengambil telur

3. Lacto-vegetarian – diet yang tidak mengambil telur tapi

Namun ada juga vegetarian yang ekstrem yang langsung tidak mengambil mana-mana produk tenusu dan telur.

Wanista akan merungkaikan persoalan-persoalan tentang si vegetarian…kebaikan dan keburukannya.

Foto – Imgur

Kebaikan 

#1 Anda akan berasa lebih aktif dan bertenaga dari biasa.

#2 Sistem penghadaman lebih kerap dan mudah.

#3 Badan kurang berbau begitu juga dengan bau peluh. 

#4 Kulit menjadi lebih perang atau tan dan bersinar jika anda banyak makanan yang tinggi beta-carotene seperti lobak merah dan keledek.

Foto – bmag

#5 Kulit lebih bersih, rambut bersinar dan struktur kuku menjadi kuat. 

#6 Penurunan berat badan. Ini kerana makanan yang berasaskan tumbuhan rendah dalam kalori. Namun ia juga bergantung kepada apa dan berapa banyak kuantiti makanan anda. 

#7 Kurang simpton sakit menstruasi / PMS

#8 Daya deria rasa semakin bagus kerana lidah anda tidak lagi menerima rasa dari makanan prosesan dan akan merasai rasa sebenar dari sumber makanan yang semulajadi. 

Foto – Sadhguru

#9 Anda akan mula mengidam (cravings) makanan yang sihat.

#10 Tubuh badan terasa lebih ringan dan konsentrasi anda lebih peka serta daya kreativiti lebih tinggi.

#11 Tinggi stamina dalam melakukan pelbagai aktiviti fizikal dan senaman.

Kebiasaannya kebaikan-kebaikan diatas setelah tubuh badan anda mula rasa selesa dengan diet vegan. 

Keburukan 

#1 Ketidakselesaan perut seperti kerap membuang angin atau hendak ke tandas.

#2 Ada sedikit bau kurang senang melalui kulit dan kulit kepala. Isu ini hanya sementara saat anda mula mengamalkan diet vegan. 

#3 Tidak semua akan bernasib baik memiliki kulit yang bersih ada juga yang akan mengalami masalah ruam atau berjerawat. 

Foto – YouTube

#4 Sukar untuk tidur atau perubahan waktu tidur, ini normal kerana sumber-sumber vitamin dan zat makanan memberi efek terhadap pola waktu tidur anda. 

#5 Ada juga berat badan bertambah kerana ada yang lebih senang memilih makanan vegetarian yang telah siap di pek atau sudah diproses. Seperti kacang merah dalam tin. 

#6 Terasa lapar lebih kerap. 

Foto – Nardini Naturopathic

#7 Mengalami kelesuan dan sakit kepala. Ini adalah simptom biasa bagi yang mula mengamalkan diet vegan.

#8 Gangguan emosi mungkin berlaku. 

Siapa terasa nak jadi vegetarian boleh start fikirkan kebaikannya..

SUMBER 1 & 2 

Anda juga mungkin berminat

5 Bahan Dari Dapur Anda Ini Mampu Menyihatkan Masalah Kulit Kering!
Tips - Kecantikan
51 shares428 views
Tips - Kecantikan
51 shares428 views

5 Bahan Dari Dapur Anda Ini Mampu Menyihatkan Masalah Kulit Kering!

Izzah Azizah - Mar 23, 2017

Kering sehingga merekah dan luka!  Kulit kering jarang berlaku pada penduduk negara yang mempunyai cuaca lembab sepanjang tahun seperti Malaysia.…

Review: 5 Perkara ‘Best’ Tentang Samsung Galaxy A5 2017
Review
46 shares530 views
Review
46 shares530 views

Review: 5 Perkara ‘Best’ Tentang Samsung Galaxy A5 2017

Afiqah Syamin - Mar 23, 2017

Telefon pintar adalah keperluan masa kini yang wajib bagi semua manusia. Selain memudahkan kita untuk berhubung, telefon pintar juga tidak…

Nak Perut Kempis Bak Supermodel? Hanya Minum Detoks Timun Sebelum Tidur
Kecantikan
88 shares837 views
Kecantikan
88 shares837 views

Nak Perut Kempis Bak Supermodel? Hanya Minum Detoks Timun Sebelum Tidur

Malisa Aina - Mar 23, 2017

Siapa yang tak inginkan perut kempis bak supermodel Victoria's Secret? Nampak cantik mengenakan apa sahaja outfit. Semestinya perut menggelebeh ke depan,…

Penuhi Aktiviti Cuti Sekolah Ini Dengan Menonton Rancangan Menarik Di Neftlix
Info Menarik
9 shares229 views
Info Menarik
9 shares229 views

Penuhi Aktiviti Cuti Sekolah Ini Dengan Menonton Rancangan Menarik Di Neftlix

Izzah Azizah - Mar 23, 2017

Cuti sekolah datang lagi! Pasti diantara anda masih lagi belum menyediakan aktiviti menarik untuk anak-anak. Apa kata kali ini ambil…

Sertai Ulang Tahun Lazada Ke-5 Yang Meriah Dengan Jualan Murah!
Acara
25 shares260 views
Acara
25 shares260 views

Sertai Ulang Tahun Lazada Ke-5 Yang Meriah Dengan Jualan Murah!

Afiqah Syamin - Mar 23, 2017

Demi terus menyediakan perkhidmatan jualan atas talian yang terbaik buat rakyat Malaysia, tahun ini Lazada menyambut ulang tahunnya yang ke-5…

Leave a Comment

Your email address will not be published.