Teknologi

Kamera ‘Poket’ Casio EXILIM EX-TR80, Berbaloi Untuk Perempuan Yang Suka Selfie!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, Cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Kamera ‘Poket’ Casio EXILIM EX-TR80, Berbaloi Untuk Perempuan Yang Suka Selfie!

Berita baik untuk gadis dan wanita yang gemar berswafoto, Casio Malaysia dengan bangganya bakal melancarkan satu lagi model kamera selfie, EX-TR80 untuk menyertai rangkaian kamera kompak EXILIM yang lain.

Foto -Arkib Wanista

Rekaan kamera baru ini bukan sahaja bergaya, malah menggabungkan aspek kecantikan, fungsi serta kepraktikalan menerusi satu peranti hebat yang bakal jadikan pengalaman selfie anda lebih menyeronokkan!

Melihatkan rata-rata masyarakat moden tidak lagi menggunakan kamera biasa, Casio komited untuk sentiasa membaik pulih rekaan kameranya agar betepatan dengan permintaan serta keperluan pengguna masa kini.

Foto -Arkib Wanista

Casio EXILIM EX-TR80 ditawarkan dalam tiga warna hebat termasuklah merah jambu, putih dan hitam manakala perincian lensa kameranya pula dikelilingi bingkai gegelang keemasan untuk efek mewah yang pasti digemari si feminin.

Foto -Arkib Wanista
Tangkai pemegang membolehkan ia didirikan di atas permukaan rata mahupun digantung dengan ringkas. Foto -Arkib Wanista

Untuk keterangan lanjut mengenai fungsi penuh kamera ini, sila klik [www.casio-intl.com].

Beberapa fungsi kamera yang boleh ditetapkan secara ringkas menerusi skrin. Foto -Arkib Wanista

Harga yang ditawarkan untuk Casio EXILIM EX-TR80 adalah RM4,099 seunit. 

Komen Anda