Suntory Beverage & Food Malaysia Sdn Bhd (SBFM) mengajak semua rakyat Malaysia “untuk membebaskan diri mereka yang sebenar” melalui Kempen BeMe Sparkling Ribena® yang dilancarkan hari ini. Penyanyi dan pencipta lagu popular tempatan Elizabeth Tan turut diperkenalkan sebagai Duta Sparkling Ribena® yang baru pada acara ini, di mana beliau mempersembahkan lagu rasmi Kempen BeMe Sparkling Ribena®.
Kami memilih Elizabeth Tan sebagai Duta Sparkling Ribena® yang baru kerana beliau menjiwai semangat BeMe dengan menyerlahkan personalitinya yang tersendiri. Dengan bantuan Elizabeth yang menjadi terkenal menerusi YouTube dalam satu contoh saat-saat BeMe di mana beliau meluahkan perasaan menerusi sebuah lagu, kami mahu lebih ramai rakyat Malaysia meraih saat-saat BeMe mereka,” jelas Lee Hon Tong, Pengurus Besar Serantau bagi Malaysia, Singapura dan Hong Kong, SBFM.
Elizabeth Tan, Duta Sparkling Ribena® yang baru dilantik, turut berkongsi saat-saat BeMe beliau semasa majlis pelancaran, mengimbau kembali pengalamannya sebagai penghibur. “Semasa mula-mula bergelar artis YouTube, saya hanya mahu berkongsi minat saya terhadap muzik dengan para pengguna Internet. Saya percaya keseronokan mencapai saat BeMe adalah sesuatu yang tidak ternilai.
Tin Sparkling Ribena® kini dijual pada harga disarankan RM2.20 dan boleh didapatkan di pasaraya besar, pasaraya, pasar mini dan kedai runcit/kios di seluruh negara.