Kemunculan kedutan pada beberapa bahagian nyata pada wajah adalah umpama mimpi ngeri buat wanita, terutamanya bagi mereka yang sedang meniti usia 30an dan ke atas.
Permasalahan penuaan kulit seperti inilah yang kerap mendorong ramai untuk menjalani surgeri atau pembedahan kosmetik yang pastinya memerlukan kos tinggi bahkan turut berisiko untuk memberi impak kesan sampingan terhadap individu terbabit.
Apa yang semua patut tahu, pencegahan awal sebenarnya sangat membantu untuk mengelak kemunculan kedutan menjadi lebih serius.
Lima langkah berkesan yang bisa bantu memulih dan memelihara kulit wajah dari diserang faktor penuaan adalah seperti berikut:-
#1 Minum Air Untuk Lembabkan Kulit Kering
Kepanasan cuaca di Malaysia sebenarnya banyak mempengaruhi penuaan kulit. Jika anda kurang minum air, kulit akan menjadi kering seterusnya mengelupas, berkedut dan apa yang pasti, iritasi seperti kegatalan akan muncul.
Oleh itu minum air yang banyak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari dan jika anda impikan kulit sehalus sutera, amalkan meminum air sehingga 3 liter setiap hari. Seperti orang Korea, mereka gemar meminum air yang sudah disulingkan tanpa kandungan klorin yang banyak. Hasilnya kulit tegang dan sihat kerana cukup hidrat dan lembab!
#2 Rangsang Penghasilan Kolagen Dengan “Derma Roller”
Derma Roller adalah sejenis alat beroda yang dipenuhi beratus jarum halus. Kegunaannya adalah dengan cara mengosok alat tersebut pada permukaan kulit agar lubang-lubang halus terbentuk demi memudahkan proses penyerapan produk seperti serum serta merangsang sel kulit dari dalam permukaan epidermis untuk menghasilkan kolagen serta baik pulih tekstur kulit yang rosak dan terjejas.
Percaya atau tidak, tusukan jarum-jarum halus juga secara automatik akan melancarkan peredaran darah dan oksigen dalam kulit seterusnya membuatkan kulit jadi anjal, halus tanpa kedutan dan memudarkan parut! Apa yang penting, rawatan ini boleh dilakukan sendiri di rumah.
#3 Cubitan Kecil Untuk Rangsang Otot Wajah
Kulit adalah organ terbesar yang membaluti tubuh manusia. Oleh itu, adalah mustahak bagi anda memberi belaian dan penjagaan yang rapi terhadapnya.
Selain urutan, anda boleh manfaatkan cubitan kecil pada wajah. Ia sebenarnya bisa merangsang otot-otot kulit untuk lebih aktif dan boleh mempengaruhi penghasilan kolagen yang lebih banyak
Lakukan cubitan kecil menggunakan jari secara lembut (tak perlu cubit kuat), terutamanya pada pipi, bahagian sisi dahi, dagu, keliling bibir, kawasan bawah mata dan keliling kening.
Untuk bahagian dahi pula, agak sukar untuk mencubit bahagian itu kerana ia tidak berdaging, jadi gunakan tiga jari (telunjuk, hantu dan manis) untuk menolak lembut bahagian kulit dahi ke atas beberapa kali.
#4 Memanfaatkan Krim Malam
Krim malam kaya dengan pelbagai manfaat baik untuk kulit. Lebih-lebih lagi apabila ia disapu atas permukaan kulit yang bersih tanpa sebarang solekan serta bebas dari terkena seleran matahari. Waktu malam adalah masa yang paling tepat untuk memulih kulit.
Guna krim pelembap wajah Olay Regenerist Micro-Sculpting Night Cream sebelum tidur (selepas mencuci wajah dengan bersih dan rapi diselangi penggunaan toner) kerana ia dapat bertindak sebagai rawatan intensif anti-penuaan yang selamat, berfungsi sepanjang malam untuk memberikan hasil lumayan agar bisa mendapat kulit yang sihat, anjal dan bebas kedutan sehalus porselin.
Sila fokuskan sapuan krim pada bahagian bawah mata kerana kulit pada kawasan itu adalah paling sensitif dan paling mudah ‘dihinggap’ kedutan. Jaga-jaga!
#5 Elak Tidur Secara Menelangkup
Memang agak selesa sebenarnya bila tidur secara menelangkup badan tetapi dengan posisi tidur sebegitu, wajah anda sebenarnya tertekan ke bahagian bantal sepanjang malam seterusnya akan menggalakkan terjadinya kedutan yang tidak diingini.
Sebaiknya, tidur secara menelentang atau jika kurang selesa, boleh mengerengkan tubuh sedikit ke sisi.
Selamat beramal!