Menjadi lumrah pasangan bercinta atau berumah tangga pasti ada pasang surutnya.
Putera William sedang berada di Switzerland dan mengadakan perjumpaan bersama rakan-rakan lamanya iaitu Guy Pelly, Tom van Straubenzee dan James Meade.
Dikhabarkan Putera William dirakam menari dan kelihatan agak berlaku liar didalam sebuah kelab malam.
Insiden itu menjadi tular serta menjadi muka depan akhbar di United Kingdom.
Putera William juga tidak menghadiri Hari Perkhidmatan Komanwel pada Isnin lalu iaitu perhimpunan antara agama terbesar di Britian dihadiri ramai kaum kerabat diraja. Beliau rupanya menghabiskan masa dengan bermain ski dipergunungan alps.
Seronok ya…
Menurut dari sumber kepada E!, Kate Middleton ‘kecewa’ dengan tindakan suaminya itu.
Percutian dan lawatan ke Switzerland ini hanya percutian hujung minggu Putera William dan rakan-rakannya sahaja. Dimana ia bukanlah sesuatu yang mengakibatkan pasangan ini akan bertelingkah atau lebih teruk berpisah.
Namun menurut dari Vanity Fair, ibu kepada Putera George dan Puteri Charlotte tidak berpuas hati dengan sikap suaminya yang seakan berfoya-foya.
“Bagi Kate masa berparti dan berfoya bersama rakan-rakan adalah untuk masa lalu,” menurut sumber yang berkongsi dengan Vanity Fair. “Kami dapat bayangkan pasti Kate berasa amat malu dan William pasti akan menyesal di kemudian hari.”