Cinta & Perhubungan, Tips - Percintaan

Cinta Atau Tidak? Tips Bila Bercinta Dengan Kekasih Yang Sibuk Dengan Kerjaya

Izzah Azizah
/
Obses dengan benda cantik + kucing
Cinta Atau Tidak? Tips Bila Bercinta Dengan Kekasih Yang Sibuk Dengan Kerjaya

“Dia ni sayang aku ke tidak?”

Soalan seperti itu pasti akan bermain difikiran anda bila si dia mula jarang berhubung. Sekejap ada, sekejap tiada, kemana dia pergi? Sedang buat apa? Kemudian mula lah beralih pada persoalan-persoalan yang negatif seperti menganggap si dia kini bersama dengan wanita lain.

Kita sebagai kaum wanita tidak akan pernah lari dari emosi dan kecelaruan yang dibikin sendiri. Iyalah, belum ada apa-apa dah sibuk nak berdrama, padahal kekasih hati anda itu sibuk menguruskan mesyuarat syarikat. 

Foto – Tenor

Bagi anda yang berkasih dengan seorang lelaki yang sibuk dengan kerjaya. Nasihat penulis jangan tinggalkan dia, kerana lelaki itu mempunyai ciri lelaki yang bertanggungjawab dan stabil. Jadi apa yang perlu berubah ialah sikap anda! Sikap mengada, tidak sabar dan terlalu inginkan perhatian anda itu.. 

Penulis sediakan tips bijak untuk anda menjadi pasangan yang memahami untuk si dia yang sibuk dengan kerjaya. 

#1 Inilah masanya untuk bertemu dengan rakan-rakan

Ingat ya selain kekasih ada insan lain yang juga penting dalam hidup anda iaitu para sahabat anda. Sahabat adalah orang yang pertama yang anda kenal sebelum kekasih. Jadi ambil peluang ini untuk kembali melepak bersama dan mengetahui fasa hidup masing-masing. Tidakkah anda rindukan sahabat anda? 

Foto – Giphy

#2 Cari hobi baru

Daripada anda menilik jam dinding menunggu kepulangan si dia, lebih baik anda mengisi kekosongan itu dengan lakukan sesuatu yang bermanfaat. Sebagai contoh, penulis menghabiskan masa dengan membaca atau mewarna. Tak kisah! Mulakan dengan perkara yang anda suka. Jika anda suka mengemas, memasak ini lah masanya untuk kembali beraksi. 

Foto – Giphy

#3 Rangka hari pertemuan istimewa

Kalau berhubung pun jarang, apatah lagi bertemu..pasti anda mengira hari untuk berjumpa si dia. Apa kata kali ini sambil anda menunggu, cuba rancangkan pelbagai aktiviti menarik untuk hari dating anda nanti. Jika sebelum ini asyik menonton filem dipawagam lakukan sedikit kelainan seperti mendaki tangga di Batu Caves atau pergi melawat festival-festival menarik di seluruh negara. 

Foto – Tumblr

#4 Ambil tahu jadual kerja dia

Sila ambil tahu aktiviti seharian si dia jika anda sendiri tidak mahu timbul pelbagai syak wasangka. Selain itu anda juga boleh mengelak dari menganggu pada waktu-waktu tersebut dan boleh merangka aktiviti untuk diri anda. Fahami apa tanggungjawab dia di tempat kerja untuk anda lebih memahami si dia. 

Foto – Ireland’s Wedding Journal

SUMBER

Komen Anda