Info Menarik, Kecantikan

Lihat Kehebatan Wanita Ini Menukar Tompok Viltigo Pada Tubuhnya Menjadi Peta Dunia

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Lihat Kehebatan Wanita Ini Menukar Tompok Viltigo Pada Tubuhnya Menjadi Peta Dunia

Kebanyakan orang di luar sana sering beremosi apabila melihat orang lain lebih cantik dan sempurna daripada diri mereka, namun berbeza pula dengan wanita berhati besar yang seorang diri.

IKLAN

Meskipun dirinya menghidap penyakit kulit Viltigo sehingga menjadikan warna dan keadaaan kulit tubuhnya tidak sekata, dirinya dlihat bijak menggunakan kekurangan itu untuk bangkit menyerlahkan diri kepada dunia.

Untuk pengetahuan semua, Viltigo adalah kondisi di mana kulit kehilangan pigmentasi seterusnya menjadi bertompok dan kelihatan bercapuk.

Wanita bernama Ash Soto ini tampil menarik perhatian ramai pengguna internet apabila memanfaatkan tubuhnya sebagai kanvas lukisan untuk mengilhamkan karya seni kreatifnya itu dengan merubah tompok kulitnya menjadi seperti peta dunia.

Ash mula berkongsi foto tubuhnya sejak Mei tahun lalu dan dalam masa yang sama dia juga cuba meyakinkan orang ramai untuk sentiasa menghargai kekurangan diri.

Kata Ash, “Semua perempuan harus berasa selesa untuk hidup dalam tubuh sendiri kerana setiap orang memiliki nilai dan keunikan yang tersendiri.

“Semua orang layak merasakan diri mereka cantik,” tambahnya ringkas.

Sejak dari itu, dia sering berkongsi foto tubuhnya di laman Instagram, menggarisi bentuk-bentuk tompok Viltigo agar menyerupai lukisan peta dunia. Lukisan tubuh adalah salah satu cara yang digunakan wanita ini untuk mengekspresikan diri, keberanian serta pemikirannya.

Ternyata, usahanya untuk membuka mata orang ramai berhasil apabila mempunyai hampir 83 ribu pengikut di Instagram @radiantbambi. Ramai yang berbangga dengan sifatnya yang berani menggunakan kekurangan diri untuk bangkit dan berdiri sama tinggi dengan orang lain.