Diperkenalkan di Malaysia sejak 10 tahun yang lalu, Bio-Oil telah mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama pilihan penjagaan kulit yang memiliki kepakaran untuk mengatasi pelbagai jenis masalah kulit seperti parut, kesan regangan kulit semasa kehamilan dan kulit tidak sekata serta penuaan dan kulit kering.
Keberkesanan Bio-Oil yang telah memenangi pelbagai anugerah ini telah melonjakkan kedudukannya selaku produk parut dan regangan kulit No. 1 di Malaysia, kedudukan sama yang turut diraih oleh 23 buah negara lain yang juga menjual Bio-Oil.
Sesuai untuk kulit sensitif, Bio-Oil dirumus secara unik daripada 7 bahan – ekstrak tumbuhan seperti Kalendula, Lavender, Rosemary dan Kamomil serta Vitamin A & E, dan bahan unggul PurCellin Oil™, yang membantu kulit menyerap khasiat dengan cepat agar kulit sentiasa halus dan lembut tanpa kesan melekit.
Sebuah laman web baharu – www.myskinconfidence.com – juga turut dilancarkan bagi membolehkan rakyat Malaysia mendapat akses mudah kepada pelbagai maklumat serta aktiviti terkini dari Bio-Oil.
Bio-Oil boleh diperolehi dalam 3 saiz berbeza, botol 60ml yang mudah dibawa kemana-mana (RM34.95), botol ekonomi bersaiz 125ml (RM58.25) dan botol 200ml (RM79.45). Bio-Oil kini dijual di semua rangkaian farmasi serta kedai penjagaan diri terkemuka di seluruh negara.
Sempena ulang tahun ke-10 Bio-Oil, para pengguna boleh menikmati penjimatan istimewa sebanyak RM10 bagi pembelian Bio-Oil 60ml pada harga promosi RM24.95. Dapatkan Bio-Oil di semua rangkaian farmasi serta kedai penjagaan diri yang mengambil bahagian di seluruh negara, tawaran akan tamat pada 31hb Mac 2017.