Telinga Berdesing Tandanya Dah Tiba Masa Untuk…

Mar 15, 2017
518 Shares 3029 Views

Pernah tak telinga anda berdesing secara tiba-tiba?

Kalau masa kecil-kecil dahulu, penulis sering dengar orang kata,

“Telinga berdesing itu tandanya ada dedaun (yang tertulis nama orang lain) pada pohon Luh Mahfuz luruh gugur, lalu terkena atau terlanggar daun yang tertulis nama kita. 

Jika ia tersentuh sebelah kiri daun kita, maka telinga sebelah kiri yang berdengung. Manakala jika ia tersentuh sebelah kanan daun kita, maka telinga sebelah kananlah yang berdengung.

Daun-daun yang tumbuh pada dahan pohon Luh Mahfuz adalah umpama manusia yang hidup di muka bumi ini.

Apabila mati seorang anak adam… daun yang tercatat segala takdir untuk dirinya akan gugur”

Sama ada sahih atau pun tidak kenyataan itu, Wallahu a’lam bish-shawabi.

Namun, jika diikut pada fakta logik akal… masalah telinga berdesing ini mungkin ada kaitannya dengan faktor kesihatan. 

Ayuh Wanista senaraikan 8 kemungkinan yang menyebabkan telinga berdesing:-

#1 Masa Untuk Korek Telinga!

Setiap hari, akan terhasil sejenis cecair lekit di dalam telinga dan semakin hari jika tidak dibersihkan ia akan semakin bertambah membuatkan telinga tersumbat sehingga menggangu pendengaran normal seseorang.

#2 Kecederaan Pada Kepala

Adakalanya, telinga berdesing disebabkan anda terhantuk sehingga mencederakan fungsi dalaman kepala (gegaran). Antara simptom gegaran otak atau kepala adalah seperti pening, sakit kepala dan loya.

Oleh itu, sila pakai peranti keselamatan seperti topi keledar mahupun pelindung kepala saat bermain sukan ekstrem atau ketika melakukan aktiviti di tempat-tempat berisiko contohnya di tapak pembinaan.

#3 Kerosakan Saraf Rahang

TMJ atau “temperomandibular joint” adalah sejenis masalah saraf -berlaku pada bahagian rahang yang bersambung kepada tengkorak seseorang manusia.

Ianya bukanlah di dalam telinga namun pesakit kebiasaannya akan mendengar secara tidak normal.

Sila berjumpa dengan pakar pergigian terdekat untuk mengesahkan masalah tersebut.

#4 Pengambilan Pil Ubat-Ubatan

Adakalanya pengambilan sesetengah pil ubat-ubatan akan menyebabkan telinga berdesing atau nama saintifiknya digelar “tinnitus”.

Antara ubat yang sering dikaitkan dengan punca telinga berdesing adalah antibiotik, pil anti-kemurungan serta ubat tahan sakit yang diambil secara berlebihan.

#5 Terlampau Stress

Terlalu stress juga boleh menyebabkan telinga berdesing tahu?

Jika emosi anda terganggu, malah masalah itu terus berlarutan, kemungkinan ia akan menyebabkan “tinnitus”.

#6 Pertumbuhan Tulang Dalam Telinga

Ya, terdapat bahagian tulang di dalam telinga akan tumbuh. Proses ini dinamakan “otosclerosis”.

Selalunya ia berlaku pada individu yang berusia pertengahan 30an. Pertumbuhan tulang abnormal itu lah yang menyebabkan telinga berdesing malah dalam kes-kes lain, telinga juga boleh menjadi pekak. Bagaimanapun, masalah itu boleh dipulihkan dengan pembedahan ringan.

#7 Berhubung Kait Dengan Penyakit Lain

Lekas berjumpa doktor jika telinga anda berdesing, ia mungkin petanda kepada kewujudan penyakit-penyakit lain yang anda tidak tahu.

Antara penyakit yang berhubung kait dengan masalah telinga berdesing adalah tekanan darah tinggi, ketumbuhan bukan kanser, alergik serta kencing manis.

#8 Sering Mendengar Kuat

Ia biasanya akan berlaku kepada individu yang suka mendengar secara kuat seperti mendengar radio secara kuat mahupun memakai “earphone” sambil memasang suara yang paling tinggi.

Oleh itu, elak mendengar muzik secara kuat, beringat untuk perlahankan suara earphone atau headphone anda tu okay?

Sama-sama kita berkongsi ilmu!

RUJUKAN – Best Health

Anda juga mungkin berminat

5 Bahan Dari Dapur Anda Ini Mampu Menyihatkan Masalah Kulit Kering!
Tips - Kecantikan
51 shares428 views
Tips - Kecantikan
51 shares428 views

5 Bahan Dari Dapur Anda Ini Mampu Menyihatkan Masalah Kulit Kering!

Izzah Azizah - Mar 23, 2017

Kering sehingga merekah dan luka!  Kulit kering jarang berlaku pada penduduk negara yang mempunyai cuaca lembab sepanjang tahun seperti Malaysia.…

Review: 5 Perkara ‘Best’ Tentang Samsung Galaxy A5 2017
Review
46 shares530 views
Review
46 shares530 views

Review: 5 Perkara ‘Best’ Tentang Samsung Galaxy A5 2017

Afiqah Syamin - Mar 23, 2017

Telefon pintar adalah keperluan masa kini yang wajib bagi semua manusia. Selain memudahkan kita untuk berhubung, telefon pintar juga tidak…

Nak Perut Kempis Bak Supermodel? Hanya Minum Detoks Timun Sebelum Tidur
Kecantikan
88 shares837 views
Kecantikan
88 shares837 views

Nak Perut Kempis Bak Supermodel? Hanya Minum Detoks Timun Sebelum Tidur

Malisa Aina - Mar 23, 2017

Siapa yang tak inginkan perut kempis bak supermodel Victoria's Secret? Nampak cantik mengenakan apa sahaja outfit. Semestinya perut menggelebeh ke depan,…

Penuhi Aktiviti Cuti Sekolah Ini Dengan Menonton Rancangan Menarik Di Neftlix
Info Menarik
9 shares229 views
Info Menarik
9 shares229 views

Penuhi Aktiviti Cuti Sekolah Ini Dengan Menonton Rancangan Menarik Di Neftlix

Izzah Azizah - Mar 23, 2017

Cuti sekolah datang lagi! Pasti diantara anda masih lagi belum menyediakan aktiviti menarik untuk anak-anak. Apa kata kali ini ambil…

Sertai Ulang Tahun Lazada Ke-5 Yang Meriah Dengan Jualan Murah!
Acara
25 shares260 views
Acara
25 shares260 views

Sertai Ulang Tahun Lazada Ke-5 Yang Meriah Dengan Jualan Murah!

Afiqah Syamin - Mar 23, 2017

Demi terus menyediakan perkhidmatan jualan atas talian yang terbaik buat rakyat Malaysia, tahun ini Lazada menyambut ulang tahunnya yang ke-5…

Leave a Comment

Your email address will not be published.