Sengaja mahu merealisasikan impian fantasi idaman hati, pasangan dua sejoli ini mengambil langkah ekstrem berkahwin dalam keadaan yang serba-serbi romantis dan unik.
Di kala seluruh dunia menantikan tayangan filem terbitan Disney yang diadaptasi daripada siri animasi puteri Disney Beauty and the Beast terbitan tahun 1991 itu, sebuah penggambaran perkahwinan telah dilangsung berkonsepkan karakter serta dekorasi yang dipinjam daripada filem hangat tersebut.
Pengantin perempuan menyarungkan gaun kembang rona kuning seperti yang digayakan Bella! Namun ia telah diberi nafas baru yang sedikit moden…
Hiasan tengah meja yang menempatkan sekuntum mawar merah dalam balang kaca mirip kepunyaan Beast…
Kedudukan tetamu di meja makan yang tersenarai di dalam halaman buku lama…
… kerana Belle suka membaca!
Bunga tangan yang cukup meriah, terdiri daripada himpunan bunga dan dedaun liar…
Kek kahwin bertingkat yang turut ditemani mawar merah…
Ingat lagi watak jam dan pemegang lilin bertangkai dalam Beauty and the Beast?
Lumiere dan Cogsworth!
Be our guest!
And they live happily ever after…