Fesyen, Lookbook

FLOW Clothing Lancar Rekaan Santai Khas Untuk Wanita Bertubuh Gempal

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
FLOW Clothing Lancar Rekaan Santai Khas Untuk Wanita Bertubuh Gempal

Di kala cahaya matahari menyinar ceria kehidupan anda, apa kata gantikan kolkesi pakaian anda dengan seleksi rekaan terbaharu dari FLOW.

FLOW yang sering memfokuskan penghasilan fesyen bersesuaian buat wanita 30 tahun ke atas yang bertubuh gempak dan curvy kali ini tampil menyerlahkan musim panas dengan beberapa helaian menarik termasuklah kardigan, blaus, kemeja dan celana kembang (Palazzo) untuk memenuhi keperluan dan cita rasa wanita bergaya masa kini.

 

Dengan memanfaatkan palet rona sejuk seperti biru, putih dan warna-warna tanah, ia seolah membangkitkan aura santai sempurna buat individu yang menggemari ciri pemakaian bersahaja tanpa perlu terlalu sarat.

Fabrik yang digunakan untuk menghasilkan koleksi ini juga adalah berdasarkan fabrik kapas yang mudah menyerao basahan, ringan serta tidak panas.

Memang potongan rekaan sengaja dibiarkan longgar agar bisa memberi keselesaan berganda buat si pemakai bahkan wanita yang berbadan gempal juga bakal kelihatan kemas dalan persalinan koleksi FLOW musim ini.

Setiap satu helaian mengaplikasikan konsep minimalistik serta helaian yang boleh disuai padankan antara satu sama lain untuk mereka yang menggemari fesyen ala mix and match.

Untuk membeli secara atas talian, sila layari [www.flowclothing.com] atau lawat gedung-gedung membeli-belah sekitar Malaysia yang menawarkan seleksi pilihan terkini dari jenama FLOW Clothing di Pavilion Kuala Lumpur, Metrojaya Mid Valley, Parkson IOI City Mall, SOGO, Pakson Imago KK, dan Metrojaya Komtar JBCC.

Harga untuk setiap helaian adalah berpatutan dan tidak melebihi RM300.

Leave a Reply
Your email address will not be published. *