Acara, Info Menarik, Keibubapaan

Keseronokan Realiti Maya Sempena Cuti Sekolah di eCurve!

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Keseronokan Realiti Maya Sempena Cuti Sekolah di eCurve!

Bersedia untuk menerokai pengembaraan yang berbeza pada bulan Mac ini! Melalui kempen cuti sekolah Virtual Reality Experience yang dianjurkan oleh eCurve, para pengujung ke pusat beli-belah tersebut mempunyai peluang istimewa untuk mengalami keunikan dunia realiti maya!

IKLAN
Foto – Arkib Wanista

Dari 17 hingga 26 Mac 2017, Centre Atrium eCurve dilengkapi dengan variasi stesen permainan realiti maya. Memaparkan tujuh tema unik dengan tahap kesukaran yang berlainan, pengunjung dijemput untuk meneroka dunia permainan realiti maya yang imersif.

  • Unbreakable VR Runner, para pemain perlu mengumpul syiling atau gula-gula sebanyak mungkin dengan membelok kiri dan kanan, atas dan bawah, sambil mengelak daripada halangan yang ada di laluan mereka.
  • The Thrill of the Fight, membenarkan pemain mengelak dan menumbuk dalam usaha menjadi juara dalam kejohanan tinju maya!
  • Richie’s Plank Experience, mencabar keberanian mereka untuk ‘melihat’ dunia dari aras yang tinggi.
  • The Brookhaven Experiment, perlu berusaha mengatasi serangan zombie apocalypse untuk menang. 
  • Kelainan dalam permainan kegemaran klasik, Wacky Moles yang disediakan dalam bentuk permainan maya seharusnya tidak dilepaskan. Begitu juga kunjungan ke taman tema yang penuh keriangan menerusi NVIDIA VR Funhouse!
  • Mengembara menerusi pengalaman Google Earth VR yang membawa anda mengembara dan menikmati pelbagai destinasi menarik di seluruh dunia.

Setiap permainan realiti maya dikenakan caj RM10. Bukan setakat itu! Para pengunjung eCurve yang berbelanja minimum RM100 dalam satu resit akan menerima satu permainan VR secara percuma. Penebusan harus dibuat pada hari yang sama dan tertakluk pada terma serta syarat.

Ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan kempen Virtual Reality Experience eCurve? Layari laman www.ecurve.my atau Facebook Ecurve.

Leave a Reply
Your email address will not be published. *