Rasanya memang dah menjadi norma masyarakat masa kini untuk menyambut ulang tahun kelahiran atau perkenalan secara besar-besaran macam yang pernah disensasikan pasangan paling hot si Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina sehingga dikecam ramai pihak kerana ternyata mereka belum mempunyai apa-apa ikatan yang sah sebagai suami isteri.
Namun, lain pula pandangan yang diterima apabila pasangan selebriti kesayangan kita yang sering mengamalkan sifat rendah diri ini menyambut ulang tahun kelahiran dengan cara istimewa.
Aeril Zafrel dan Wawa Zainal baru sahaja berangkat ke Lombok dengan tujuan untuk meluangkan masa bersama, bercuti sambil menyambut ulang tahun kelahiran Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin yang genap berumur 26 tahun pada 12 Mac 1991, semalam.
Apa yang menarik, Aeril rupa-rupanya menggunakan helah tersendiri untuk membuat kejutan pada isteri tercintanya itu.
Dia cuma memberithau Wawa yang mereka akan ke Langkawi walhal…
Tidak cukup dengan itu, kejutan seterusnya telah sedia menanti Wawa di Lombok.
Menurut laporan MyNewsHub, Aeril sebenarnya telah menempah perkhidmatan video dari produksi CST yang cukup terkenal dengan pembikinan video pra perkahwinan di kalangan selebriti kerana Wawa sudah lama teringin bekerja dengan CST dan baru kali ini Aeril berjaya menunaikan impian isteri kesayangannya itu.
https://www.instagram.com/p/BRfEK0ZARH_/?taken-by=w4w4_zainal&hl=en
Untunglah badan si isteri mendapat suami yang sanggup memenuhi impian hati!
Maka dengan kepakaran produksi tersebut, terhasilkan sebuah video menarik yang menyaksikan Aeril dan Wawa menari rancak mengikut irama lagu sambil bibir mengalun bait-bait lirik dalam lagu hindustan yang dipetik dari filem popular lakonan Hitrik Roshan dan Amesha Patel berjudul Kaho Na Pyar Ya Hair.
Memang romantik habis!
Tidak ketinggalan, dalam video tersebut, Wawa ada memakai selendang warna oren samar yang dihadiahkan Aeril buatnya.
https://www.instagram.com/p/BRkNIywAPCo/?taken-by=w4w4_zainal&hl=en
Selendang berkenaan sangat istimewa kerana tercetak amanat manis sebagai tanda ingatan tulus ikhlas dari si suami buat isteri.
Tonton Video Penuh Kejutan Hari Jadi Wawa Zainal Daripada Aeril Zafrel @ CST Production
Semenjak berkahwin, Aeril, 29, dan Wawa, 26, telah dikurniakan sepasang cahaya mata, Ahmad Fakharuddin Attar, 4, dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 2 tahun.
SUMBER: MyNewsHub.cc & Sinar Harian