Krim merupakan penggunaan paling penting dalam penyediaan juadah klasik Eropah dimana ia memberi rasa baldu dan pekat. Selain itu, ia juga menaikkan dan menambah kesedapan pada sesuatu juadah.
CNIEL (Centre National Interprofessional de l’Economie Laitiere) organisasi yang mempromosikan produk tenusu memperkenalkan kempen “La Creme de la Creme” (Cream of Europe) iaitu mengetengahkan kualiti krim dan menjadi pilihan para chef profesional diseluruh dunia.
Krim sekurang-kurangnya mempunyai kurang lemak dan kalori dari lemak-lemak yang lain, bersama dua atau tiga lebih kurang dari minyak atau mentega. Nama ‘krim’ hanya boleh digunakan pada produk yang mengandungi sekurang-kurang 30% lemak.
European krim dihasilkan mengikut syarat-syarat yang ketat yang hanya mengandungi kualiti susu terbaik dan mengikut ratio yang telah ditetapkan. Bagi menghasilkan rasa, tekstur dan versatiliti European Cream satu acara kulinari bakal diadakan untuk memperlihatkan bagaimana krim menjadikan sesebuah juadah lebih menyelerakan dan menarik.
CNIEL membawakan guru kulinari Chef Frederic Oger dari St. Honore Pastry Institute dan Chef Rahina Salleh dari HTC Asia / Gourmandines bagi mencipta resepi untuk meraikan krim untuk disatukan dengan sajian tempatan. Chef Oger telah mengadakan sesi bengkel profesional pada 29 September 2016 juga akan dibawa semula pada November akan datang.