Umur sudah memasuki 35 tahun dan semestinya pelakon yang sedang hangat, Lee Dong Wook tidak terkecuali ditanya kisah peribadi, apatah lagi ciri-ciri ideal yang dilihat pada wanita yang ingin dijadikan cinta hatinya.
Pada 12 Mac, Lee Dong Wook telah mengadakan satu sesi perjumpaan bersama peminat “4 My Dear” di Seoul. Di situ, beliau telah ditanya tentang ciri-ciri wanita yang selama ini dicarinya.
“Sebenarnya, anda semua yang berada di sini mempunyai kualiti yang saya cari. Saya sukakan seorang wanita yang boleh makan dengan baik (kiranya seorang yang langsung tidak cerewet), bijak dan yang boleh mempunyai perbualan yang baik dengan saya.”
“Perbualan yang baik maksud saya, jika saya bercakap tentang perkara ABC dan dia bercakap tentang perkara 1234, maka perbualan di situ tidak berjalan dengan baik.”
“Lagi satu, semestinya seorang yang cantik,” penjelasannya itu membuatkan peminat ketawa.
Lee Dong Wook turut melahirkan rasa syukur kepada peminat dan berterima kasih kerana terus menyokong karier seninya.